CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 470|Reply: 1

[Sarawak] Yang di-Pertuan Agong, Permaisuri berangkat tiba di Sarawak

[Copy link]
Post time 22-4-2022 12:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 21-4-2022 04:37 PM

KUCHING: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini bagi memulakan lawatan dua hari ke Sarawak.
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua menggunakan pesawat khas kira-kira pukul 12.20 tengah hari tadi disambut kenamaan utama negeri diketuai Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud serta Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, ketiga-tiga Timbalan Premier - Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian - serta barisan Kabinet negeri turut hadir bagi upacara sambutan ketibaan itu.


Pada sebelah petang ini, Seri Paduka berdua dijangka berkenan berangkat mengunjungi Bazar Ramadan Satok di sini sebelum menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Santapan Malam di Masjid Jamek Negeri di sini.

Pada majlis itu nanti, Seri Paduka berdua akan berkenan menyampaikan kurniaan sumbangan kepada 30 penerima. - BERNAMA


utusanborneo.com.my/2022/04/21

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2022 12:37 AM | Show all posts


Al-Sultan Abdullah (tiga, kiri) dan Tunku Azizah (empat, kanan) berkenan membeli pelbagai juadah berbuka puasa selain beramah mesra bersama peniaga di Bazar Ramadan Satok hari ini. - Gambar BERNAMA

Kunjungan Agong, Permaisuri ke Bazar Satok tarik perhatian ramai

KUCHING: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Bazar Ramadan Satok di sini.

Keberangkatan Al-Sultan Abdullah ke bazar berkenaan pada 3.30 petang itu diiringi oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ketibaan Seri Paduka Baginda berdua disambut Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Kehadiran Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah itu juga menjadi tumpuan pengunjung serta orang ramai yang hadir ke bazar berkenaan.

Dalam kunjungan kira-kira 30 minit itu, Seri Paduka Baginda berdua berkenan membeli pelbagai juadah berbuka puasa selain beramah mesra bersama peniaga.

Peniaga air, Afiezul Samit, 25, berkata beliau tidak menyangka Al-Sultan Abdullah berkenan ke gerainya untuk membeli Air batu campur (ABC) yang dijualnya.

“Saya tidak sangka Tuanku (Al-Sultan Abdullah) singgah dan beli ABC saya. Tuanku tertarik dengan air pelbagai jenis dan warna yang saya jual,” katanya.

Seri Paduka berdua yang dalam lawatan dua hari ke Sarawak bermula hari ini, dijangka menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Santapan Malam di Masjid Jamek Negeri di sini malam ini. - BERNAMA


utusanborneo.com.my/2022/04/21
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.291590 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list