|
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Kuantan: "Petang semalam saya ada terima panggilan daripada seorang penduduk di Taman Kempadang Perdana di sini, yang memaklumkan terdapat seorang individu bernama Che Putih tetapi nama bapanya tidak diketahui," kata Batliyah Din, 62.
Menurutnya, individu itu menghubunginya selepas membaca kisah mengenai kehilangan Che Putih Din, 62, yang tersiar di muka depan akhbar ini semalam.
Bagaimanapun, katanya individu itu akan menghubunginya semula untuk mendapatkan maklumat seperti usia, nama bapa dan minta diberikan masa untuk berbuat demikian.
Batliyah berkata, dia tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaannya sebaik menerima panggilan berkenaan tetapi harapannya menggunung tinggi biarlah Che Putih yang dimaksudkan itu, kakaknya yang digelar Kak Teh.
"Kalaulah itu Kak Teh saya, saya tidak sabar untuk bertemunya walaupun sekejap. Saya rindu sangat dia," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Batliyah yang menetap di Felda Padang Piol, Jerantut berkata, dia turut menerima panggilan beberapa individu dari Alor Star, Kedah dan Shah Alam Selangor yang cuba untuk membantu mengesan Che Putih.
Batliyah berkata, satu panggilan telefon diterima daripada seorang individu dikenali sebagai Asrul memaklumkan yang dia berjaya mengesan dua nama sama seperti Che Putih.
"Asrul memberikan satu nombor wanita yang beralamat di Bayan Lepas namun nombor berkenaan tidak dapat dikesan dan ia benar-benar menyedihkan saya," katanya.
Harian Metro semalam melaporkan Che Putih menghilangkan diri sejak 1975 selepas permintaannya untuk berkahwin dengan lelaki sudah beristeri ditolak oleh bapanya, Din Mohamad dan ibu, Bashah Hassan.
Sementara itu, penulis berjaya menghubungi Asrul atau nama sebenarnya Mohamad Asrul Fadzli Abd Rahman, 34, bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Menurut Mohamad Asrul Fadzli, dia menghubungi Batliyah selepas membaca kisah itu di akhbar dan MyMetro Online.
"Saya membuat carian di beberapa laman web dan temui dua nama sama Che Putih Din beralamat di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Gurun, Kedah.
"Saya berikan nombor telefon Che Putih yang menetap di Bayan Lepas kerana ada persamaan dengan apa yang saya baca di akhbar malah tahun kelahirannya pula 1950 bermakna usianya 70, sama seperti anggaran usia kakak Mak Cik Batliyah," katanya.
Menurutnya, dia terpanggil untuk membantu kerana simpati dengan Batliyah yang memendam rindu terlalu lama terhadap kakaknya.
"Saya tidak kenal pun Mak Cik Batliyah sebelum ini dan tiada langsung ikatan persaudaraan antara kami tetapi saya terpanggil untuk membantunya sempena bulan mulia ini.
"Manalah tahu kasih bertaut di penghujung Ramadan dan ia adalah saat yang sangat membahagiakan bagi mereka," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ak-sabar-bertemunya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|