CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 26407|Reply: 24

[Tempatan] Berita malam seram:Van jenazah hilang bersama keranda, pihak masjid lapor pulis,(CCTV) masjid menunjukkan van tersebut keluar dari kawasan masjid menuju ke jalan utama sekitar jam 12.30 pagi

[Copy link]
Post time 23-1-2025 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Bukan kenderaan mewah, tetapi van jenazah yang amat diperlukan untuk urusan pengebumian dilaporkan hilang.



Van jenazah jenis Toyota Hiace berwarna putih milik Masjid Al-Ubudiah di Teluk Gong, Selangor itu disedari tidak berada di tempatnya sejak semalam.

Ketika dihubungi Malaysiakini, setiausaha masjid, Muhammad Yusuf Moksin, 47, memaklumkan van tersebut kali terakhir dilihat pada Jumaat lalu ketika solat Jumaat.

“Saya bersama nazir dan ketua petugas masjid kemudian menyedari van itu tidak berada di perkarangan masjid. Kami bertanya dalam kumpulan WhatsApp Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Ubudiah, namun semua kata tidak tahu,” katanya.

Menurutnya lagi, turut hilang bersama van itu ialah pengusung jenazah dan keranda.

Susulan itu, pihak masjid telah membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Teluk Gong.

Rakaman CCTV dedah kejadian

Menurut Muhammad Yusuf, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid menunjukkan van tersebut keluar dari kawasan masjid menuju ke jalan utama sekitar jam 12.30 pagi, Isnin.

Buat masa ini, kami masih berusaha mencari van tersebut. Kami juga telah berkongsi maklumat kejadian dalam kumpulan WhatsApp untuk diviralkan.

“Tadi saya menerima panggilan daripada seorang individu yang mendakwa melihat van tersebut di Cheras. Saya telah maklumkan perkara ini kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Apa-apa pun, kami menunggu keputusan siasatan pihak berkuasa,” katanya.

Bagi mengelakkan kejadian serupa, pihak masjid akan mempertingkatkan keselamatan termasuk menambah lebih banyak CCTV di bahagian luar masjid serta mengetatkan kawalan.

“Kami akan perketatkan (kawalan) pintu pagar dan tutup pintu pagar apabila tidak digunakan.

“Kita juga akan cuba memohon kepada badan-badan korporat ataupun mana-mana pihak untuk menyumbang sebuah van jenazah terutamanya untuk digunakan apabila berlaku kematian," katanya.

Muhammad Yusuf turut memaklumkan kehilangan van ini menjejaskan urusan pengebumian kerana ia satu-satunya van jenazah yang mereka miliki.

“Sebelum ini memang masjid ini hanya ada satu van jenazah saja. Jadi, kita tidak ada lagi van jenazah untuk digunakan apabila ada kematian.

“Buat masa ini, sekiranya berlaku kematian, kami akan mohon bantuan daripada masjid berdekatan untuk sementara waktu,” jelasnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2025 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana rakaman CCTV untuk dievaluasi oleh acik2 forum
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan katanya dh jmpe n gi tukar tayar ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
tak tutup pagar rupanya
tempat aku ni lepas je isyak terus tutup pagar
pernah aku tgh guna tandas tak sempat pakai seluar pokcik tu tutup lampu
pokcik tu tak tahu
tengok aku keluar daripada tandas baru dia kata maaf tak tahu

punya la tergesa2 nak tutup pagar agaknya
padahal kete aku ada lg kat parking tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 08:09 AM | Show all posts

seb baik saiz video kecek
plus pagi lagi


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2025 08:11 AM | Show all posts
van jenazah pon kena curik...berani betul pencuri tu...wakkakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 08:28 AM | Show all posts
van jenazahpun tak selamat dah skrg ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2025 08:31 AM | Show all posts
pencuri tidak ingat mati...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 24-1-2025 07:37 AM
tak tutup pagar rupanya
tempat aku ni lepas je isyak terus tutup pagar
pernah aku tgh guna tandas t ...

awai tak kalut
lagipon acik tu dari soboh sapie ngadap masjid
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 24-1-2025 08:31 AM
pencuri tidak ingat mati...

Sedangkan duit tabung dalam masjid pun ada orang curi
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 10:04 AM | Show all posts
toxicated replied at 23-1-2025 11:34 PM
Bukan katanya dh jmpe n gi tukar tayar ke

Pukul 12.30 pg pergi tukar tayar ke?  
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 10:26 AM | Show all posts
nolya replied at 24-1-2025 10:04 AM
Pukul 12.30 pg pergi tukar tayar ke?

hahahahahaha tahnyaaa
ade kedai tayar 24jam ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketika dihubungi Malaysiakini, setiausaha masjid, Muhammad Yusuf Moksin, 47, memaklumkan van tersebut kali terakhir dilihat pada Jumaat lalu ketika solat Jumaat.

Menurut Muhammad Yusuf, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid menunjukkan van tersebut keluar dari kawasan masjid menuju ke jalan utama sekitar jam 12.30 pagi, Isnin.

Iols konpius.. patutnya 12.30 tengahari, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 02:27 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 24-1-2025 10:47 AM
Ketika dihubungi Malaysiakini, setiausaha masjid, Muhammad Yusuf Moksin, 47, memaklumkan van tersebu ...

Hari Jumaat, kalaupun pukul 12.30 th, bukankah waktu itu  biasanya keadaan mulai sibuk nak sedia solat Jumaat. Driver tak maklum kpd masjid ke nak bawa keluar van, nak ambik jenazah di mana dn ke arah tanah perkuburan mana. Tak ade log book ke mendaftar setiap perjalanan van? Kunci van sape pegang?

Buatnya kalau pencurinya bijak, van dibawa keluar terus ke bengkel, tukar cat van kemudian van digunakan untuk curi ternakan orang lain. Boleh juga untuk pegangkutan 'bas kilang' dn macam2 pelbagai guna lagi. Dlm era scammer hari ini, akal si scammer/pencuri lebih bijak dn tak terjangkau difikirkan apa yg mereka mampu buat.

Semoga van trs selamat dijumpai dn ditukar tayarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 03:14 PM | Show all posts
Kenapa nak seram?

Pencuri ada reti seram ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2025 03:29 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 24-1-2025 03:14 PM
Kenapa nak seram?

Pencuri ada reti seram ka?

ntahnya... terutama penagih dadah kann... duduk rumah kosong sorang2 pun takde hal
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 03:39 PM | Show all posts
nolya replied at 24-1-2025 02:27 PM
Hari Jumaat, kalaupun pukul 12.30 th, bukankah waktu itu  biasanya keadaan mulai sibuk nak sedia s ...

Ada ditulis baru 'semalam' (ikut masa berita ditulis la kot) perasan hilang. Lojik ja takde yang perasan tunggu nak guna tengok2 dah takde.

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 03:41 PM | Show all posts
white_musk replied at 24-1-2025 03:29 PM
ntahnya... terutama penagih dadah kann... duduk rumah kosong sorang2 pun takde hal

sikit2 seram, sikit2 seram.

aku respek pulak mat pet bab ni, mana dia reti takut. Kat kubur pun onz.

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 06:22 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 24-1-2025 03:14 PM
Kenapa nak seram?

Pencuri ada reti seram ka?

Betul dan bukan ada jenazah pun dalam tu. Tu yang berani curi. Sure tak berani kalau ada jenazah dalam tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.110289 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list