"Jadi memang kena paksa tukar waktu tidur supaya nanti tidaklah rasa drastik sangat," katanya.
Neelofa berkongsi perkara itu menerusi sebuah video di TikTok miliknya.
Dalam pada itu, pelakon ini memberitahu akan menyediakan bahan makanan (meal prep) untuk berbuka puasa lebih awal dengan menyenaraikan jenis juadah untuk suami dan anak-anak.
Katanya, dia tidak mahu menghabiskan banyak masa di dapur kerana ingin memberi fokus melakukan amalan lain seperti berzikir dan membaca al-Quran.
"Daripada senarai juadah saya akan buat pes siap-siap dan hanya masukkan protein seperti ayam atau ikan apabila memasak.
"Ini adalah cara menjimatkan masa, jadi anda tidaklah sepanjang hari berada di dapur sebaliknya boleh membuat amalan lain seperti berzikir, membaca al-Quran dan ibadat yang lain," ujarnya.
Sementara itu, Neelofa turut mengingatkan agar memanfaatkan sepanjang bulan Ramadan dengan memperbanyakkan membaca al-Quran.
Kata ibu dua cahaya mata ini, amalan membaca al-Quran dapat memberi perubahan positif dan menjadikan bulan mulia itu lebih bermakna.
"Kalau kita biarkan Ramadan berlalu tanpa membaca al-Quran, kita sangat rugi. Kekuasaan al-Quran adalah satu mukjizat yang mana Allah masih pelihari sehingga ke hari ini.
"Kalau baca sikit pun tapi anda manfaatkan setiap hari, insya-Allah anda akan rasa sesuatu yang lain walau hanya sedikit," katanya.
Sumber: mStar