CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15196|Reply: 27

Mamat Sepah nak doa di Mekah sebab Shuib hutang berpuluh juta

[Copy link]
Post time 2-2-2025 11:15 AM | Show all posts |Read mode
Pelawak Mamat Sepah mahu berdoa dikurniakan cahaya mata apabila menjejak kaki ke Tanah Suci bersama sahabatnya, Shuib Sepahtu pada Aidilfitri ketiga.

Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad berkata, dia mengharapkan dikurniakan cahaya mata kembar selepas lima tahun mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Nordiana Ibrahim.

"Bila jejak kaki ke Tanah Suci inilah antara doa yang panjatkan. Moga Allah permudahkan usaha saya dan isteri untuk mendapatkan zuriat.

"Bukan tak boleh berdoa di sini, tapi ada tempat mustajab di Tanah Suci yang boleh berdoa. Saya harap dapat anak kembar, sebab umur saya sudah 40 tahun.

"Kalau Allah berikan saya kembar lima pun saya terima, Alhamdulillah. Saya tak takut dengan ekonomi dan masa, tetapi saya jalan sahaja dengan apa yang Allah kurniakan," katanya.

Mamat berkata, dia sudah lama bersedia untuk menimang cahaya mata, namun belum dikurniakan rezeki.



"Dari hari pertama berkahwin, saya sudah bersedia bergelar bapa, tapi ketika itu, kita berdepan dengan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya bernikah seminggu sebelum PKP.

"Saya terima dengan reda sebab saya sedar kami tak mempunyai banyak masa bersama berikutan kesibukan kerja. Kadang kala balik malam dan pagi. Saya reda kerana tak mahu kacau mental isteri.

"Namun, saya kena fikir positif bila sudah masuk usia perkahwinan lima tahun. Allah nak beri kami masa untuk 'dating' lebih lama.

"Mungkin inilah peluang bersama sebab mungkin tiada masa bergembira bila sudah ada anak.

"Isteri faham perkara ini, tapi macam manapun tetap mahukan anak, lebih lagi lihat ahli keluarga lain sudah ada cahaya mata. Jadi, saya katakan 2025 adalah tahun terbaik untuk dapatkan anak," katanya.

Terdahulu, Mamat dan Nordiana bergelar suami isteri pada Mac 2020 selepas mengikat tali pertunangan pada 2018.

Sementara itu, Mamat berkata, dia juga mahu mendoakan kesulitan dilalui Shuib dipermudahkan.

"Selain doa zuriat, saya juga mahu berdoa kehidupan saya dan Shuib berjalan lancar. Banyak sangat dugaan dilalui Shuib ketika ini.

"Dia pernah cakap kalau boleh nak tidur tahu mahu bangun sebab berhutang puluhan juta. Dia hanya budak kampung yang tiada apa-apa dan tak sangka boleh berhutang sebanyak ini," katanya.

Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2025 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh masih takda yg komen lagi ke? Tolak tepi kisah mamat nak kembar tu, iols lg minat soeb berhutang puluh juta. No wonder despret suruh talita jd penyanyi nanti boleh bela adik beradik n bapa ngan mak tiri
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian... Citer kat mamat...habis di sebar kan...
Kalau citer kat jep... Tersimpan rapi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko hutang ngan sape shuib oi smpi puluh juta hutang ngan gangster ke kes cuci duit terkantoi hari tu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
timah03 replied at 2-2-2025 04:30 PM
Kesian... Citer kat mamat...habis di sebar kan...
Kalau citer kat jep... Tersimpan rapi...

Mohon Mamat atau sesiapa tumpahkan susu teh segala psl hutang Soeb.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko buat kantoi je la mamat, gi tumpah teh pulak usahawan madu tu byk hutang...
Dia dok sembang semua tunggakan da settle, ke settle tepi? Jeng...jeng...jeng
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2025 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah soeb antara retis yg bankrap ittew??
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
baek punya member bgtau satu dunia..skarang suma org tahu byk hutang puluh juta..xde sapa simpati harap maklonggggg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2025 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
huiyoooo kantoi hutang puluhan juta.
ke statement mintak simpati tuk kawan kau??
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Takcaye aku kalau si soeb ni muhung kuat
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala..kalau hutang rumah, kereta, bisnes...logik ah tu. Serabutlah dia nak byr. Kene gigih la bg Talita cepat2 buat album
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan hutang dgn addy kana pulak

Ataupun saja suruh mamat ckp gitu sbb nak pastikan dia sentiasa jadi bahan berita portal hiburan
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
i pun byk hutang..ada org nk doakan i tak?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
timah03 replied at 2-2-2025 09:30 AM
Kesian... Citer kat mamat...habis di sebar kan...
Kalau citer kat jep... Tersimpan rapi...

Kan. Walaupun jep tu ada perangai sendiri dalam bakat dan industri , dia pun jenis buat baik sorok, aib and keburukan pun sorok. Senyap je. Buat kerja je plg penting.

Yg banyak sebut dia adalah org lain...at least pendirian dia tak terlalu merosakkan diri

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Hutang juta2 lepas ek ke obersi @ umrah atitu..ke aiol tak tau kalau x bayar cukai je x leh gie obersi..

Spoil punya member la si Mamat tue..x jaga aib member lansung..jenis x boleh citer hal dalam kain..

Tapi x taulah kot soeb bangga hutang juta2..bolehlah brag dah sampai status hutangwan eh jutawan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamat ni mmg betul2 jilat soeb. Aku nk tergelak bila tgk podkas dengan mamat exist.. starting2 tu soeb ckp la pasal bab2 ank la dgn mamat ni. Siap tanya brg ko ok ke. Yg mamat pon helok je sambut soalan tu. Pdhl dulu bkn main xluad ht klu org soal bab ank kat bini dia. Ni sampai sentuh 'barang' pon   ok. Pemberi rejeki la kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2025 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodo2 je terkantoi mcmtu. Sabarlah ya jgn sampai putus kawan tau.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Soeb suka la mamat ni citer nak doa Kan dia .. iols nampak dia like kat ig mana tah pasal cerita ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Funny. Mcm celik² mata tetiba ade utang poloh² jota.
Utang ni tak dicarik dia xmuncul la,bukan cm penunggu dlm hutan yg suka² tenggek ikot ko blk umah.
Choi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 2-2-2025 10:03 PM
Mamat ni mmg betul2 jilat soeb. Aku nk tergelak bila tgk podkas dengan mamat exist.. starting2 tu so ...

barang tu merujuk ke apa? anu? dadah? anak?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.075987 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list