CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 32620|Reply: 36

[Politik] Rakyat Malaysia Timur makin takut PAS selepas sebat terbuka, kata penganalisis

[Copy link]
Post time 2-1-2025 06:18 PM | Show all posts |Read mode
Rakyat Malaysia Timur makin takut PAS selepas sebat terbuka, kata penganalisis
Carolyn K
-
02 Jan 2025, 08:00 AM

Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah berkata hukuman sebat terbuka tidak selaras dengan nilai Malaysia Timur dan bercanggah dengan semangat keterangkuman. (Gambar Bernama)

Rakyat Sabah dan Sarawak mempunyai visi berbeza untuk Malaysia, kata penganalisis James Chin.

PETALING JAYA: Penduduk di Sabah dan Sarawak akan lebih takutkan PAS selepas seorang lelaki dihukum sebat di khalayak atas kesalahan khalwat di Terengganu, sekali gus menyukarkan parti itu untuk memperluaskan pengaruhnya di negeri-negeri tersebut, kata penganalisis.

James Chin dari Universiti Tasmania berkata PAS kelihatan berusaha keras menjadikan Malaysia sebuah negara patuh syariah dengan masyarakat yang lebih konservatif.

Katanya, usaha itu sudah jelas di empat negeri yang ditadbir PAS di Semenanjung.

Chin menjangkakan kebanyakan rakyat Sabah dan Sarawak termasuk yang beragama Islam menolak bentuk hukuman seperti itu, dan ia mungkin menyebabkan PAS dijauhi sama sekali.

“Hukuman sebat di khalayak berdasarkan undang-undang Islam mungkin dianggap biasa di Acheh, Indonesia, tetapi kebanyakan orang tidak menjangkakan perkara ini berlaku di Malaysia.

“Rakyat Sabah dan Sarawak tidak mahu sebuah negara Islam. Kami mempunyai visi berbeza untuk Malaysia,” katanya kepada FMT.

Chin turut merujuk kepada klausa dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang secara khusus menetapkan bahawa kedua-dua negeri Borneo itu tidak akan mempunyai agama rasmi.

PAS sudah lama berusaha untuk memperkukuhkan kedudukan di Malaysia Timur, di mana mereka kini hanya mempunyai seorang wakil iaitu Aliakbar Gulasan, seorang Adun lantikan di Sabah.

Pada September lalu, Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Abdul Karim Rahman Hamzah, menegaskan bahawa rakyat Sarawak tidak akan menerima ideologi PAS.

Pada 2021, PAS bertanding satu kerusi di PRN Sarawak. Setiausaha PAS negeri, Arifiriazul Paijo, tewas di kerusi Beting Maro kepada calon PBB, Razaili Gapor, dengan majoriti 1,711 undi.

Walaupun tewas, Arifiriazul berjaya memperoleh 2,058 undi, jauh lebih banyak berbanding calon PKR, Abang Zulkifli Abang Engkeh, yang hanya mendapat 765 undi.

PAS tidak bertanding dalam PRN Sabah 2020. Bagaimanapun, parti itu memberi isyarat bahawa ia mungkin akan bertanding pada PRN tahun ini di bawah panji Perikatan Nasional.

Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah juga percaya rakyat Malaysia Timur akan menjauhi PAS jika hukuman sebat di khalayak untuk kesalahan syariah diperkenalkan.

Katanya, hukuman itu tidak selaras dengan latar belakang sosio-budaya Sabah dan Sarawak yang mengutamakan keterangkuman dan autonomi.

“Dasar seperti itu boleh dianggap tidak serasi dengan nilai dan cara pentadbiran kami. Hukuman awam berasaskan undang-undang agama boleh dilihat bercanggah dengan semangat keterangkuman.”

Minggu lalu, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, menyeru semua negeri supaya mencontohi Terengganu dengan memperkenalkan hukuman sebat terbuka untuk ‘menegakkan dan memuliakan undang-undang Islam’.

Bagaimanapun, dua aktivis Sarawak menolak cadangan itu secara tegas, menyifatkannya sebagai amalan kejam dan peninggalan peninggalan penjajah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2025 02:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 07:59 AM | Show all posts
kenapa beberapa hari lepas ada baca hukuman sebat di khalayak ramai dah pernah dilaksanakan di sabah....so, xde isu pun. yg bangsa cina nak sibuk apasal
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sebat syariah di teganu tu lg lenient dr sebat sivil. ni mesti main sembur/ nk buat fitnah/ tak tgk pun video tu main semburrr je/walanonn.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 07:11 AM | Show all posts
Ada je musibat nk menyibuk tunjuk pandai
Ko kapir apa tahu
Jangan sibuk masuk campur
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Peduli apa dengan penduduk Sabah Sarawak. Itu Malaysia lagi ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-1-2025 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Persatuan Peguam Muslim Malaysia: "Negeri lain patut contohi dan laksakan hukuman sebat"

Sabah & Sarawak: "Excuse me! Who the f are you?"

Semenanjung dan Sabah/Sarawak ada sistem nilai yang berbeza. Siapa yg memandai tubuhkan Malaysia dengan masukkan Sabah dan Sarawak? Atau sebenarnya value system di semenanjung sudah berubah dengan menjadi lebih islamik? Adakah ini sudah deviate daripada tujuan asal Malaysia oleh our founding father?

Sebab itu dari dulu aku anggap Sabah & Sarawak ni umpama satu territory asing daripada negeri di semenanjung. Mereka ni umpama Scotland,Wales dan Northern Ireland dalam United Kingdom.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
dia tipu la...bila dia pusing 1 Borneo tanya semua...tiber jer dia 'LANTIK DIRI SENDIRI' wakil dr rakyat borneo.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2025 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 5-1-2025 08:14 AM
Persatuan Peguam Muslim Malaysia: "Negeri lain patut contohi dan laksakan hukuman sebat"

Sabah & Sa ...


ada sapa yg lebih tau drp apa yg diajar d sekolah..pasai 'jemputan' Sabah,Swak tuk tubuh Msia ni???(wa belum buat kajian terperinci lg...)
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 5-1-2025 08:14 AM
Persatuan Peguam Muslim Malaysia: "Negeri lain patut contohi dan laksakan hukuman sebat"

Sabah & Sa ...

X apa, lagi dorg nk ignorant dan denial, lagi susah dorg nk dpt sokongan dari Borneo....

Lagipun dorg x kisah pun undi dari non muslim ni......
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Psl tu kes rasuah tersebar ada kt sabah .masing2 baghal bagi pendapat..padahal negeri sendiri ranap psl org sndiri
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebat dikhalayak tu bukan macam sebat style penjara.
Ramai yang tak aware agaknya.
Pukul rata sebut sebat... meme takut ler deme.

Sebat pun utk yang muslim jer... tapi tetiba non muslim terasa prihatin pulak dah kenapa.

Patutnya masukkan sekali pemakan rasuah ni... sebat di khalayak. Baru ada akai.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
James Chin ni aku google sorg professor. Unless la dia ni ada conduct kaji selidik melibatkan org sabah sarawak ke, dan dia come out sendiri dgn result dia tu barulah apa yg dia ckp tu dibackup dgn data. Kalau aku jadi wartawan tu aku tny balik oh prof ada buat kajian ke temuramah ke bla bla bla. Ni siap statement PAS usaha keras nk jadikan Malaysia patuh syariah. Prof ni paham tak politik malaysia ni mcm mane? Just because PAS tadbir 4 negeri tu bukan bermakna PAS ada harapan nak jadi kerajaan majoriti di Parlimen. Sistem demokrasi kt Malaysia bukan mcm kt US tu ko kene menang ikut negeri. Also hukuman syariah tu terpakai utk org Islam je, yg bukan Islam ko nak takut ape. Yg bukan Islam minum arak mabuk smpi bunuh orang pun helok2 je ngaku tak bersalah bila didakwa. James Chin tu jadi prof buat statement mcm tu dia kaji dulu tak sistem politik Malaysia ni camne? Pakai main cakap je mamat ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg pas bodo pun
buat apa2 tak pikir implikasi
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 5-1-2025 10:04 AM
Sebat dikhalayak tu bukan macam sebat style penjara.
Ramai yang tak aware agaknya.
Pukul rata sebut  ...

Aku x rasa dorg x aware yg hukuman sebat syariah ni x melibatkan dorg.... Tp dorg lebih concern dgn imej negara andai kita dilihat konservatif.... Ada implikasi dari segi penerimaan dunia, dan dorg pun mmg cuma pikir hal dunia saja, so x pelik yg tu jadi concern dorg.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 5-1-2025 11:05 AM
Aku x rasa dorg x aware yg hukuman sebat syariah ni x melibatkan dorg.... Tp dorg lebih concern dg ...

Dorang ni selektif dan oportunis kat bahagian yang keuntungan komuniti depa.
Semorang pon tau la kann.

Aku membayangkan kalau sebuah negara majoritinya kristian yang mana pentadbirannya mengamalkan undang² OT dan NT dan ada hukumannya.... dan aku pula sebagai skilled immigrant minoriti muslim kat negara tu:

a) Hmm...lantak laa... hukuman pun utk penganut kristian jer. Sebenarnya bagus jer pun untuk dorang.
Or....

b) Eeee.... apa ni, tercalar imej negara nanti. Apa persepsi orang luar terhadap negara ini?
(tetiba aku menjadi prihatin plak walhal takde kena mengena pon)

Contohhhhh.

Apapun, seperti yang  Dr.Maza pernah ucapkan... ini semua tertakluk pada pemerintah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2025 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts

“Rakyat Sabah dan Sarawak tidak mahu sebuah negara Islam. Kami mempunyai visi berbeza untuk Malaysia,”


Visi berbeza? Mcm mana tu cer cite
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 5-1-2025 01:11 PM
Dorang ni selektif dan oportunis kat bahagian yang keuntungan komuniti depa.
Semorang pon tau la k ...

Aku sambung andaian ko :

Selaku skilled immigrant minoriti muslim kat negara tu, aku buat jer hal aku, sbb bilangan org mcm aku sikit...

Saban tahun komuniti skilled immigrant minority dah makin besar, so ada antara geng2 aku pun mula bersuara utk tuntut hak laksanakan undang2 syariah ke atas org2 Islam....

Dah pula....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 5-1-2025 01:14 PM
“Rakyat Sabah dan Sarawak tidak mahu sebuah negara Islam. Kami mempunyai visi berbeza untuk Malays ...

Yg aku faham, dorg anggap perkara Islam agama bagi Persekutuan tu x termasuk Borneo.... Kat sana dorg anggap x ada agama negara....

Jadi andai ada pihak nk tubuhkan negara berasaskan agama sbg visi, maka berbezalah dgm visi dorg..... Dorg nk sekular
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 02:01 PM | Show all posts
ultra78 replied at 5-1-2025 08:14 AM
Persatuan Peguam Muslim Malaysia: "Negeri lain patut contohi dan laksakan hukuman sebat"

Sabah & Sa ...

Orang sabah dan sarawak memahami sepatutnya persekutuan malaysia itu terdiri dari 3 negara. Konsepnya sama mcm United Kingdom. Mcm mana jadi negeri sebab tipudaya.




Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.064890 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list