CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 491|Reply: 0

[Sarawak] Aidilfitri: Perintah Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan dilaksana lima hari

[Copy link]
Post time 27-4-2022 09:12 PM | Show all posts |Read mode
SERIAN: Perintah Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan akan dilaksanakan selama lima hari sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, ia dilaksanakan tiga hari sebelum perayaan iaitu 30 April hingga 2 Mei dan dua hari selepas iaitu 7 dan 8 Mei 2022.

"Larangan ini bertujuan mengelakkan risiko berlakunya kemalangan di jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan berat dan kenderaan ringan. Ia juga bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri di Stesen Penguatkuasaan JPJ di sini pada Selasa.

Hadir sama pada majlis pelancaran tersebut ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Dr Jerip Susil dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Norizan Jili.


Lee bersama Dr Jerip dan Norizan melancarkan Kempen Keselamatan dan Ops Bersepadu Hari Raya.

Beliau turut memberitahu tujuh kesalahan lalu lintas utama akan menjadi fokus dalam kempen sempena Aidilfitri 2022.

"Ia adalah kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu, gagal patuhi isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju dan memotong di garisan berkembar.

"Selain itu, tidak memakai tali pinggang keselamatan, membawa lebih muatan dan membawa muatan berbahaya juga antara kesalahan yang akan diberi fokus," katanya.

Beliau berkata berdasarkan kajian MIROS tahun 2011, faktor-faktor yang menyumbang kepada punca kemalangan termasuk kelalaian manusia iaitu sebanyak 80.6 peratus.

"Selain itu keadaan jalan yang menyumbang kepada 13.2 peratus dan keadaan kenderaan 6.2 peratus," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/04/26
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.193850 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list