CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 482|Reply: 0

[Sarawak] Kemas kini silibus kokurikulum sekolah selari dengan perkembangan semasa

[Copy link]
Post time 27-4-2022 09:28 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Silibus kokurikulum di sekolah perlu dinaik taraf selari dengan perkembangan teknologi semasa kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Ronald Sagah Wee Inn.

Beliau berkata demikian, sekali gus menyokong cadangan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba untuk memasukkan subjek berkaitan teknologi dron ke dalam silibus sekolah di Malaysia.

Menurutnya, penambahan tersebut ke dalam silibus pengajian pasti dapat mendedahkan ilmu baharu kepada pelajar demi kepentingan bersama pada masa akan datang.

“Melalui subjek tersebut, pelajar bukan sahaja mempelajari cara mengawal dron, tetapi memberi idea bagaimana hendak membina sendiri objek tersebut menjadi lebih baik daripada yang asal.

“Penggunaan dron tidak terhad kepada pemantauan sekeliling sahaja, malah ia boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti keselamatan serta bidang yang berkaitan dengan industri pembinaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) dan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) di Auditorium Sarawak Skills, di sini, hari ini.

Malah katanya, langkah tersebut juga dapat memberi peluang kepada negara ini untuk menjadi pengeluar dron tersendiri sekiranya serius dalam bidang tersebut.

Oleh itu tambahnya, idea untuk menjadikan teknologi dron sebagai satu subjek dalam silibus sekolah sangat dialu-alukan kerana sesuai dengan keperluan semasa.

Bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa pelaksanaan tersebut berada dalam bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk direalisasikan.

“Kita hanya mampu beri cadangan agar dapat didengari oleh pihak kementerian berkaitan apa yang patut ditambah baik dan sebagainya.

“Seperti yang kita maklum, teknologi sudah menjadi kebiasaan dalam golongan muda, justeru penambahan subjek sedemikian pasti dapat menarik minat mereka untuk mendalami subjek tersebut,” ujarnya.


sarawakvoice.com/2022/04/27
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.044124 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list