CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14969|Reply: 57

Tuanku Muhammad Faris Petra dimasyhurkan Sultan Kelantan

[Copy link]
Post time 15-9-2010 09:57 AM | Show all posts |Read mode
Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru.

Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di Kota Bharu pada jam 12.30 tengah hari ini.

“Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29 A undang-undang tubuh kerajaan negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini.

"Padanya, sekalian hamba rakyat mengaku taat setia dan kasih mesra dan  kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa dipohon taufiq dan hidayah ke atasnya,  semoga Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail  Petra Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darulnaim dan seluruh  jajahan takluknya memerintah di atas takhta Kerajaan Kelantan, dan  memandu negeri dan rakyat sekalian merasa aman sentosa, mewah, makmur,  kebajikan serta menaungi," katanya.

Nik Abdul Aziz juga berkata majlis pertabalan akan didakan 'tidak lama lagi'.

Katanya, Majlis Perajaan negeri yang bersidang pada jam 9 pagi di Pejabat SUK, Kota Darunaim, Kota Bharu telah membuat  keputusan bersetuju memilih, melantik dan mengesahkan Tengku Faris menjadi Raja memerintah, menaiki takhta Negeri Kelantan  dan Jajahan takluknya bagi menggantikan Tuanku Ismail Petra berkuatkuasa pada hari ini.

Keluarga diraja termasuk Tengku  Bendahara Tengku Muhammed Faiz Petra dan dua kekanda sultan - Tengku Rozan Petra dan Tengku Salwani Petra serta ahli dewan undangan negeri dikatakan telah berkumpul di Istana Balai Besar in Kota Bharu seawal jam 11.30 pagi bagi upacara itu.

Menurut sumber, Sultan Ismail Petra Yahya Petra, Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Hamid dan putera ketiga banginda - Tengku Muhammad Fakhry tidak hadir.

Sultan Ismail Petra telah gering lebih setahun dan Tengku Faris menggunakan Artikel 23A, undang-undang perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan (bahagian kedua) untuk menduduki takhta negeri.

Undang-undang itu menyatakan seorang pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja, jika mereka berpendapat bahawa Raja yang ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh hukum Syarak untuk menjadi Raja.

Ketika dihubungi, Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad enggan mengulas tetapi berkata butirannya akan didedahkan pada sidang akhbar di istana Kubang Kerian pada jam 2 petang ini.

Beberapa ADUN berkata mereka diarahkan hadir memakai baju Melayu hitam tetapi tidak dimaklumkan sebab untuk berbuat demikian.

“Kami hadir kerana dijemput tetapi tiada butiran yang diberikan,” kata timbalan speaker dewang undangan negeri Kelantan, Mohamad Zaki Ibrahim, ketika dihubungi.

Sementara itu Bernama melaporkan tiada Persidangan Dewan Undangan Khas Negeri Kelantan diadakan hari ini yang dipercayai berkaitan dengan pemasyhuran Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Halim Hamad ketika dihubungi berkata, majlis yang diadakan di Kota Darulnaim, pejabat pentadbiran negeri hari ini adalah majlis jamuan raya dan bukannya sidang dewan.

Dalam pada itu, semua wartawan tidak dibenarkan masuk untuk membuat liputan di Kota Darulnaim kerana mempercayai adanya sidang dewan khas bermula pada 10 pagi.

Wartawan-wartawan hanya dibenarkan menunggu di balai pengawal pada pintu masuk Kota Darulnaim.

Mereka ditunjukkan sekeping surat oleh pengawal dari Unit Protokol Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang tidak membenarkan sebarang liputan dibuat.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Pemangku Raja Kelantan akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan hari ini setelah lebih setahun menjadi Pemangku Raja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2010 02:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2010 08:48 AM | Show all posts
Reply 2# ctredzuan

Driver sape ni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 01:54 PM | Show all posts
Reply  ctredzuan

Driver sape ni?
perang_sivil Post at 20-9-2010 08:48


demo ni gak....tu la Sultan Kelate,Tuanku Faris Petra.....
tahniah CT atas very nice picture ni......
dah tepek kt board gosip?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2010 01:56 PM | Show all posts
Reply 4# gasing_pakoh


    hensemnye..kalau tahu tackle awal2...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 01:59 PM | Show all posts
Reply 4# gasing_pakoh


dah kurus kan Tuanku Faris....pipi po napok surut......blom poso dulu dagu po berlapis.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2010 11:16 AM | Show all posts
Reply  gasing_pakoh


    hensemnye..kalau tahu tackle awal2...
perang_sivil Post at 20-9-2010 13:56



   
dea lagi kalu nok ngejas tu....sultan pun x dok bini lagi bunyi kato....buleh jadi permaisuri sultan kelate...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 11:19 AM | Show all posts
Daulat Tuanku...!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2010 01:32 PM | Show all posts
Reply 7# tempawan


    nak jadi gundik la...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 10:14 AM | Show all posts
Tahniah pada rakyat kelantan di atas pemasyhuran ini....

tapi kenapa yer berlaku kontroversi dikalangan keluarga mereka sendiri....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2010 10:56 AM | Show all posts
Reply 10# d_anne04


    Faris Petra anak sulung tapi bukan anak permaisuri.. Permaisuri Kelantan bini no 2.. Permaisuri nak anak dia pegang takhta kot....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 11:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by d_anne04 at 29-9-2010 12:51

Faris Petra anak sulung tapi bukan anak permaisuri.. Permaisuri Kelantan b ...
perang_sivil Post at 22-9-2010 10:56 [/quote]


   
.

apa-apa pun aku prefer Faris Petra jadik sultan kelantan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2010 12:12 PM | Show all posts
Reply 12# d_anne04


    Dgr cite single lagi... ada peluang kita jadi Permaisuri Kelantan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 12:39 PM | Show all posts
Reply 13# perang_sivil


a'ah..betul tu mmg single mingle lagik....

tapi aku nih dh jadik permaisuri to my beloved asben..

p/s : bila berlaku perkara mcm ni kan..akan mencemarkan institusi diraja...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2010 12:44 PM | Show all posts
Reply 14# d_anne04


    Jangan disensaikan oleh Media dah lee... Hal Istana patut diselesaikan oleh yang berkenaan sahaja.. kita berdoa sahaja...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 01:24 PM | Show all posts
allah abe yeh yg dinda sayang......
bakpo gi tukar jd Sultan Muhammad V pulok nih?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2010 02:38 PM | Show all posts
Reply  d_anne04


    Faris Petra anak sulung tapi bukan anak permaisuri.. Permaisuri Kelantan b ...
perang_sivil Post at 22-9-2010 10:56



    Patut la dok berjuruh mane adik tiri tu
Tahniah kepada Faris Petra.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2010 02:39 PM | Show all posts
Patut la dok berjuruh mane adik tiri tu
Tahniah kepada Faris Petra.
Kak_Nor Post at 23-9-2010 14:38



    Semoga kelantan mendapat permaisuri yang cantik manis mcm dayang senandung dan baik hati mcm bawang putih...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 02:43 PM | Show all posts
Semoga kelantan mendapat permaisuri yang cantik manis mcm dayang senandung dan baik hati m ...
perang_sivil Post at 23-9-2010 14:39



    kaknor nk doa ginilah,
smoga kelantan dpt permaisuri solehah dan membawa kelantan ke arah pembaharuan Islam sejagat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2010 02:45 PM | Show all posts
kaknor nk doa ginilah,
smoga kelantan dpt permaisuri solehah dan membawa kelantan ke arah ...
Kak_Nor Post at 23-9-2010 14:43


Kak Nor kita doakan Permaisuri tak dilabel mcm seorang wanita yang dikenali R----- Puaka..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.067966 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list