CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 496|Reply: 0

[Sarawak] Warga emas maut, dilanggar dan diseret dalam kemalangan

[Copy link]
Post time 30-4-2022 10:07 PM | Show all posts |Read mode
SERIAN: Seorang pejalan kaki maut apabila dilanggar dan diseret beberapa meter oleh sebuah kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) di Kilometer 96 Jalan Kuching-Sri Aman pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Bingkok John berkata mangsa merupakan seorang wanita warga emas, Lian Alam, 61, dari Kampung Ensebang Kuari, Serian.

Menurutnya, semasa kejadian mangsa sedang menyeberang jalan sekitar jam 7.40 malam.

"Kemalangan berlaku apabila sebuah MPV yang dalam perjalanan dari arah Serian menuju ke Sri Aman terlanggar mangsa yang ketika itu sedang menyeberangi jalan dari sebelah kiri.

"Akibat dari pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa terseret dan terhumban ke bahagian kanan jalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.


Lian Alam disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Tambahnya, selepas pemeriksaan dilakukan oleh anggota paramedik, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serian untuk tindakan selanjutnya.

"Manakala pemandu dan tiga penumpang MPV tersebut dilaporkan tidak mengalami kecederaan," katanya.

Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Siasatan di lokasi kejadian mendapati keadaan jalan gelap kerana tiada lampu jalan.

"Selain itu, kenderaan yang terlibat kemalangan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian untuk siasatan lanjut," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/04/29
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.087961 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list