CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 614|Reply: 0

[Sarawak] Remaja lelaki maut nahas motosikal, kereta

[Copy link]
Post time 2-5-2022 04:44 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan di lokasi kejadian pada petang Ahad.

MUKAH: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan sebuah kereta di simpang Jalan Kubu di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata, mangsa maut yang dikenali sebagai Mohamad Norhajimin Ibrahim, 19, beralamat dari Lot 384, Skim Penempatan Semula Jalan Anggerik, Mukah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

"Kemalangan sekitar 4.30 itu berlaku apabila kereta yang bergerak dari arah lampu isyarat Jalan Haji Mohd Fauzi menuju ke arah Pantai Kala Dana. Ketika melalui persimpangan Jalan Kubu kereta terbabit telah dilanggar oleh mangsa yang bergerak lurus dari arah Pasar Lama Mukah.

"Akibat pertembungan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian leher dan belakang badan dan dibawa ke Hospital Mukah untuk rawatan lanjut," jelasnya dalam satu kenyataannya, hari ini.

Namun, Rizal berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Mukah kira-kira jam 7.43 malam pada hari yang sama.

Susulan dari kematian mangsa, beliau berkata, tangkapan telah dibuat terhadap pemandu kereta, 43, di bawah Seksyen 112 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41 (1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Pemandu kereta terbabit ditahan di lokap Balai Polis Mukah untuk tindakan lanjut. Permohonan reman terhadap pemandu terbabit akan dibuat pada hari ini," katanya.
Rizal menambah bahawa kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


utusanborneo.com.my/2022/05/02
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.038911 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list