CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 582|Reply: 0

[Sarawak] Kecewa putus cinta, remaja belasah ahli keluarga dan ugut bakar rumah

[Copy link]
Post time 2-5-2022 04:47 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Akibat kecewa putus cinta, seorang remaja lelaki bertindak melepaskan geram dengan menendang ibu kandungnya yang sedang terlantar sakit sebelum menumbuk anak saudaranya sehingga lebam.

Tidak cukup dengan itu, suspek berusia 17 tahun turut mengugut mencederakan kedua-dua ibu bapanya dan membakar rumah mereka dalam kejadian di Kampung Pasir Lutong, kira-kira jam 8.30 malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu, berkata mengikut laporan pengadu iaitu bapa suspek, remaja tersebut tiba-tiba bersikap agresif dengan menumbuk cermin rumah.

“Suspek kemudian menendang kaki kanan isteri pengadu berusia 48 tahun yang sedang terlantar sakit akibat strok.

“Kemudian apabila dihalang oleh cucu pengadu iaitu anak saudara suspek, kemudian suspek bertindak menumbuk bahagian kepala kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu sebanyak lebih kurang dua kali dan menolaknya ke almari sehingga sakit di bahagian kepala dan lebam di paha sebelah kanan.”

“Suspek bertindak melepaskan geram kepada anak saudara dan ibunya kerana kecewa putus cinta. Pengadu yang ketakutan kemudian terus membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Alexson, pengadu memberitahu suspek sudah beberapa kali bertindak agresif dengan mendatangkan kecederaan dan ugutan membakar rumah, justeru laporan polis dibuat untuk tindakan selanjutnya.

Pengadu telah membuat laporan polis pada 30 April dan suspek kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18 AKRT 2012 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.


utusanborneo.com.my/2022/05/01
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.036408 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list