
Tun Taib dan Toh Puan Raghad merakamkan gambar bersama pemimpin masyarakat Cina yang hadir pada majlis rumah terbuka di BCCK.
KUCHING: Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Raghad Kurdi Taib berlangsung meriah di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.
Orang ramai mula beratur panjang seawal jam 10 pagi untuk beraya bersama Yang di-Pertua Negeri dan isteri selepas dua tahun tanpa rumah terbuka akibat pandemik COVID-19.

Tun Taib dan Toh Puan Raghad merakamkan gambar bersama Premier Sarawak (lapan kiri) serta tetamu yang lain.
Yang di-Pertua Negeri dan isteri menerima kehadiran tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang bermula jam 11 pagi hingga 4.30 petang.
Antara tetamu kenamaan yang hadir Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.
Tun Taib dan Toh Puan Raghad bersalaman dengan pengunjung yang hadir pada majlis rumah terbuka di BCCK.
Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian, menteri-menteri kabinet, timbalan-timbalan menteri,pegawai-pegawai kerajaan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion turut hadir pada majlis rumah terbuka tersebut.
Pelbagai juadah raya dihidangkan kepada tetamu yang hadir.
Pada rumah terbuka itu, Tun Taib dan isteri turut menyampaikan duit raya kepada pengunjung kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas yang hadir.
Manakala pengunjung yang hadir dihidangkan dengan pelbagai juadah raya dengana antaranya nasi himpit dan kek lapis.
Tetamu menikmati juadah raya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Tun Taib dan Toh Puan Raghad di BCCK.
utusanborneo.com.my/2022/05/02 |