CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 776|Reply: 1

[Sabah] Lelaki parah digigit anjing peliharaan

[Copy link]
Post time 3-5-2022 01:32 PM | Show all posts |Read mode


TANGKAP: Anjing peliharaan mangsa ditangkap sebelum diserahkan kembali kepada pemiliknya.

PENAMPANG: Dua pemilik anjing mengalami kecederaan termasuk seorang parah selepas dipercayai digigit anjing peliharaannya sendiri di sebuah rumah di sini kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Zeno Tinggalan berkata salah seorang mangsa berumur 20 tahun parah di bahagian tangan manakala abangnya yang berumur 25 tahun mengalami kecederaan ringan di bahagian paha.

“Bertindak dengan panggilan kecemasan yang diterima pada jam 3.49 petang, kita menggegaskan lapan pasukan bomba bersama sebuah jentera dan EMRS ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kedua-dua mangsa digigit anjing peliharaan dan seorang mangsa parah di bahagian tangan manakala seorang lagi cedera ringan di paha.

“Mangsa kemudiannya diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS seterusnya dihantar ke klinik oleh ibunya untuk mendapat rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata pada masa sama, pasukan bomba menenangkan haiwan terbabit sebelum menangkapnya dan diserahkan semula kepada pemiliknya.

Tambahnya operasi ditamatkan pada jam 4.42 petang.


utusanborneo.com.my/2022/05/03
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2022 11:12 AM | Show all posts
anjing jaga rumah
siapa2 lalu depan rumah kene salak
bila terlepas akan suka kejar orang
bila tak bagi makan akan kejar tuan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.037220 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list