
USUNG: Mangsa semasa diusung turun ke Timpohon Gate.
RANAU: Seorang lelaki mengalami loya ketinggian atau akut gunung (AMS) semasa mendaki Gunung Kinabalu di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridhwan Taib berkata mangsa mengalami kesesakan nafas terbabit semasa berada di Kilometer 5.3 Gunung Kinabalu kira-kira jam 2.15 petang.
“Bertindak dengan kejadian, Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) bergegas ke lokasi bersama Renger Taman-Taman Sabah.
“Mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal sebelum dibawa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung,” katanya.
Menurutnya mangsa bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan tidak memerlukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
Katanya operasi ditamatkan jam 8.20 malam.
utusanborneo.com.my/2022/05/05 |