CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 595|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Model nenek' bantu kumpul dana untuk Orang Asli

[Copy link]
Post time 8-5-2022 11:17 PM | Show all posts |Read mode
'Model nenek' bantu kumpul dana untuk Orang Asli

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Mei 8, 2022 @ 6:31pm[email protected]




Seramai 26 nenek berusia 60 hingga 90 tahun mencipta keunikan tersendiri apabila muncul di pentas peragaan pada Pertunjukan Fesyen Amah sempena sambutan Hari Ibu di Georgetown, hari ini. NSTP/MIKAIL ONG


PreviousNext




GEORGETOWN: Sekumpulan model warga emas mencipta keunikan tersendiri apabila muncul di pentas peragaan Pertunjukan Fesyen Amah sempena sambutan Hari Ibu di sini, hari ini.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Rose Pulau Pinang, Datuk Lawrence Cheah, berkata pertunjukan fesyen yang menampilkan 26 nenek berusia 60 hingga 90 tahun itu bertujuan mengumpul dana bagi membiayai pembelian panel solar dan penapis air untuk komuniti Orang Asli di Gerik, Perak.

Katanya, program itu menyaksikan peserta tampil bergaya dengan persalinan tradisional dan gaun petang.

"Kami menerima sambutan menggalakkan daripada penaja korporat dan dermawan yang menyumbang RM45,000. Ia menghampiri kutipan RM50,000 yang kami sasarkan," katanya kepada pemberita.

Cheah berkata, peningkatan populasi warga emas di Pulau Pinang adalah satu daripada isu yang harus diperhatikan memandangkan golongan itu dikhuatiri berdepan masalah kehabisan wang simpanan atau diabaikan anak-anak pada penghujung usia mereka.

"Kerajaan harus menjalin kerjasama dengan pemaju perumahan atau pemilik bangunan selain pertubuhan bukan kerajaan untuk mewujudkan rumah perlindungan khas untuk golongan ini menjalani kehidupan berkualiti, sekali gus memelihara kesejahteraan kesihatan fizikal dan emosi mereka," katanya.

Sementara itu, seorang peserta yang juga Presiden Persatuan Kesihatan Jiwa Pulau Pinang, Datuk Mary Ritchie, berkata warga emas turut mampu memberi sumbangan bermakna jika diberi peluang dan mendapat sokongan masyarakat.

Mary, 90, berkata tiada istilah terlewat untuk golongan itu mencurahkan khidmat bakti mengikut kemampuan diri masing-masing, seterusnya memanfaatkan pengalaman untuk membantu komuniti di sekeliling mereka.

"Bagi saya, memang tiada istilah bersara atau rasa ingin berhenti dalam bidang kerja sosial dan kesukarelawanan.

"Syukur pada usia ini saya tidak menghidap sebarang penyakit atau nyanyuk. Dengan nikmat kesihatan yang dikurniakan Tuhan memberi peluang untuk saya berbakti dan memberi makna kepada kehidupan saya serta insan di sekeliling saya," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.745290 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list