CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 401|Reply: 0

[Perlis] Buru 2 pelatih lari dari Puspen

[Copy link]
Post time 9-5-2022 08:34 AM | Show all posts |Read mode
Kangar: Polis sedang memburu dua tahanan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Chabang, Beseri yang melarikan diri semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar Asisten Komisioner Mohd Shokri Abudullah berkata, kedua-dua tahanan lelaki itu masing-masing berusia 51 dan 44 tahun.

"Kali terakhir salah seorang tahanan dilihat memakai baju berwarna kuning dan berseluar 'track' warna gelap, manakala seorang lagi memakai baju berwarna putih dan berseluar 'track' gelap " katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya pengurusan PUSPEN membuat laporan berhubung kejadian itu semalam dan Ibu Pejabat Polis (IPD) Padang Besar telah melancar Op Tutup bagi mengesan kedua-dua pelatih terlibat.

Beliau berkata, Op Tutup disertai oleh tujuh pegawai dan 53 anggota polis dibantu oleh seorang pegawai dan sembilan anggota dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis.

"Polis turut melakukan tiga,sekatan jalan raya dibantu oleh Pasukan Gerakan Am," katanya.

Mohd Shokri berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan (kecuaian penjawat awam membiarkan seseorang lari dari tahanan) dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan (tentangan atau halangan terhadap penangkapan yang sah di sisi undang-undang).

Beliau berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat dan orang awam yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan maklumat di talian 04-9492222 dan 04-9491481.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ih-lari-dari-puspen

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.626939 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list