CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 397|Reply: 1

[Pulau Pinang] Anggota trafik iring orang awam tanpa arahan rasmi

[Copy link]
Post time 9-5-2022 04:39 PM | Show all posts |Read mode
Anggota trafik iring orang awam tanpa arahan rasmi

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Mei 9, 2022 @ 4:03pm  [email protected]




Tangkap layar rakaman video tular memaparkan anggota polis trafik didakwa mengiringi orang awam yang tular di media sosial sejak semalam. - Video tular




GEORGETOWN: Dua anggota trafik yang terbabit mengiringi orang awam di Jalan Bukit Gambir di sini, Sabtu lalu, ditempatkan di bahagian pentadbiran sementara menunggu siasatan terperinci selepas kertas siasatan dibuka.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan dalaman mendapati tiada arahan rasmi atau tidak rasmi dikeluarkan pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pulau Pinang bagi tugasan mengiringi individu berkenaan pada hari terbabit.



Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain. - NSTP/Mikail Ong

Katanya, prosedur operasi standard (SOP) Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan trafik Nombor 11 (Prosedur atur gerak dan membuka laluan trafik) menyatakan, proses kelulusan permohonan secara rasmi kepada jabatan perlu dilakukan dalam masa tujuh hari waktu bekerja kecuali kecemasan.

Katanya, pegawai bertanggung jawab perlu menilai permohonan itu bagi membuat keputusan sebelum rekod kelulusan permohonan dicatat dalam buku daftar dan buku perharian.

"PDRM memandang serius kesalahan melaksanakan tugas tanpa arahan rasmi sama ada daripada pegawai kanan atau penyelia tugasan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang terbabit dengan salah laku dan bertentangan dengan SOP ditetapkan.

Katanya, individu berusia 20-an yang terbabit dalam video berkenaan sudah dihubungi bagi memberi keterangan.

"Kita minta beliau tampil memberi keterangan lanjut kerana ia boleh disiasat mengikut Seksyen 233 Akta KMM (Akta Komunikasi dan Multimedia 1998) atau ada elemen bagi menjatuhkan maruah PDRM atau sebaliknya.

"Individu itu sudah dihubungi dan dia akan beri kerjasama yang sebaiknya," katanya.

Klip rakaman dua anggota trafik mengiringi orang awam di Jalan Bukit Gambir, di sini, tular sejak kelmarin.

Rakaman video berdurasi 20 saat yang dimuat naik pemilik akaun anwarazeez itu memaparkan seorang lelaki memandu kenderaan dengan diiringi dua anggota trafik menunggang motosikal polis.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-5-2022 04:41 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.050222 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list