CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 394|Reply: 0

[Terengganu] Pengusaha Tasik Kenyir runsing kejadian banjir termenung

[Copy link]
Post time 10-5-2022 11:36 AM | Show all posts |Read mode

Keadaan Jeti Pengkalan Gawi yang ditenggelami banjir termenung sedalam dua meter di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu baru-baru ini.


HULU TERENGGANU – Lebih 200 pengusaha rumah bot dan bot laju Tasik Kenyir dalam dilema setelah jeti pendaratan pelancong di Pengkalan Gawi di sini masih ditenggelami banjir termenung sejak lebih dua bulan lalu.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Razali Idris berkata, banjir luar biasa yang melanda daerah ini pada hujung Februari lalu te­lah meningkatkan paras air Tasik Kenyir sehingga dua meter.

Beliau berkata, senario itu telah menyebabkan sebahagian kawasan jeti termasuk tempat letak kenderaan di Pengkalan Gawi masih ditenggelami air sehingga kini.

“Ia menyebabkan satu-satu­nya jeti yang menjadi pintu ma­suk ke Tasik Kenyir tidak dapat digunakan untuk mengambil dan mendaratkan pengunjung.

“Buat masa ini pengusaha rumah bot dan bot laju terpaksa berlabuh di beberapa kawasan lain buat sementara. Nampak tidak tersusun dan dibimbangi memberi persepsi negatif dalam kalangan pelancong,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Sehubungan itu, Razali me­rayu agar tindakan segera Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai operator Empangan Kenyir ­untuk mencari mekanisme terbaik bagi menurunkan semula paras air di tasik buatan terbesar di Asia Tenggara terbabit.

Dalam perkembangan sama, beliau juga memohon Jabatan Perhutanan negeri agar menyegerakan kerja-kerja membersihkan sisa-sisa kayu yang ­banyak hanyut di dalam Tasik Kenyir ekoran banjir besar ber­kenaan.

“Baru-baru ini, Ketengah de­ngan kerjasama pemain industri Tasik Kenyir telah bergotong-royong mengikat sisa kayu ber­kenaan sebagai penyelesaian jangka pendek.

“Saya bimbang jika sisa kayu itu terus dibiarkan, ia boleh menghalang laluan rumah bot dan bot laju sekali gus dikhuatiri membahayakan keselamatan pengunjung,” katanya.

Razali berkata, kedua-dua impak negatif akibat banjir luar musim tersebut perlu diselesaikan segera pihak berkenaan memandangkan kehadiran pelancong ke Tasik Kenyir semakin meningkat mulai musim pera­yaan Aidilfitri ini.

Jelas beliau, sekiranya tiada tindakan diambil segera, ia dibimbangi akan menjejaskan periuk nasi lebih 200 pengusaha rumah bot dan bot laju terlibat.

“Kasihan mereka yang cuma ada baki lima bulan lagi untuk beroperasi sebelum ketibaan musim tengkujuh. Sebelum ini, lebih dua tahun mereka terjejas akibat pandemik Covid-19,” tambahnya.
https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... n-banjir-termenung/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.054561 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list