View: 324|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Polis cari pemandu kereta lawan arus
[Copy link]
|
|

VIDEO kejadian pandu lawan arus membabitkan sebuah kenderaan di Jalan Penang, di sini, yang dirakam menerusi kamera papan pemuka. FOTO TANGKAP LAYAR
Georgetown: Polis sudah menerima maklumat berhubung video kejadian pandu lawan arus membabitkan sebuah kenderaan di Jalan Penang di sini, yang didakwa berlaku pada Sabtu lalu.
Video berdurasi selama 10 saat yang dirakam menerusi kamera papan pemuka itu dimuat naik di Facebook oleh seorang pengguna akaun.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan V Saravanan berkata, sehubungan itu pihaknya sedang mengesan pemilik kenderaan terbabit bagi tindakan lanjut.
"Polis sudah terima (maklumat) tetapi kita masih dalam proses mengesan pemilik kenderaan terbabit," katanya ringkas ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp di sini, hari ini.
Menerusi video yang dirakam pada 6.05 petang itu, sebuah kereta Proton Saga berwarna merah dilihat dipandu secara melawan arus antara Jalan Penang ke Jalan Burmah.
Kenderaan itu juga hampir melanggar sebuah lagi kereta Proton Saga berwarna hitam serta penunggang dan pembonceng motosikal yang melalui jalan berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... u-kereta-lawan-arus |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|