View: 386|Reply: 1
|
[Terengganu]
Lelaki curi wang tunai hampir RM6,000 dalam lori diburu
[Copy link]
|
|
Rakaman kamera litar tertutup CCTV yang merakamkan gambar suspek yang dipercayai terlibat. FOTO ROSLI ILHAM
Dungun: Pekerja sebuah syarikat pembekalan ais krim kerugian hampir RM6,000 apabila wang tunai dan cek dalam beg sandangnya dilarikan penjenayah di sebuah stesen minyak di Kampung Kuala Abang, di sini, semalam.
Ketika kejadian, mangsa berusia 49 tahun yang memandu lori ais krim terbabit sedang menghantar bekalan kira-kira 5.34 petang.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sebaik tiba di stesen minyak terbabit, mangsa meletakkan beg sandang mengandungi wang tunai sebanyak RM4,936 dan sekeping cek bernilai RM749 di dalam laci papan pemuka lori yang dipandunya.
Menurutnya, mangsa dikatakan tidak mematikan enjin serta mengunci pintu kenderaannya itu.
"Sebaik selesai melakukan urusan menghantar bekalan ais krim, mangsa terkejut apabila mendapati beg sandangnya hilang.
"Mangsa yang mengesyaki beg sandangnya dicuri kemudian datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk membuat laporan," katanya.
Baharudin berkata, hasil siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu merakamkan kelibat seorang lelaki menyelongkar di tempat duduk lori sebelum melarikan beg sandang terbabit.
"Suspek dianggarkan berusia 30-an itu kemudian meninggalkan tempat kejadian sebelum menaiki sebuah kereta dipercayai Perodua Viva.
"Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan suspek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 0-dalam-lori-diburu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|