View: 359|Reply: 0
|
[Kelantan]
Upah RM50 bawa masuk seorang Pati
[Copy link]
|
|
Tanah Merah: Seramai 50 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Myanmar termasuk tujuh wanita dicekup pihak berkuasa dalam sebuah rumah kedai tanpa nombor di Kampung Jelakong, di sini, petang tadi.
Turut ditahan dua lelaki tempatan berusia 48 dan 65 tahun yang mengambil upah membawa semua Pati itu menerusi pangkalan haram di sekitar Tanah Merah.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Wan Zulfikri Wan Othman berkata, semua 50 warga asing yang berusia antara 18 hingga 45 tahun itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
"Hasil siasatan awal mendapati dua lelaki tempatan itu menerima upah sebanyak RM50 setiap Pati yang dibawa.
"Kesemua warga asing itu diseludup masuk ke negara ini untuk bekerja di Pahang dan Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Wan Zulfikri berkata, hasil soal siasat mendapati warga asing itu dibawa sejak Sabtu lalu dan menunggu masa sesuai untuk melakukan perjalanan seterusnya.
Menurutnya, semua tangkapan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk tindakan lanjut dan pihaknya juga merampas sebuah pacuan empat roda yang dipercayai digunakan untuk mengangkut Pati dari pangkalan haram ke rumah transit berkenaan.
"Dua lelaki tempatan itu ditahan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 manakala semua Pati pula di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
"Kami sentiasa mempertingkatkan risikan dan maklumat serta memperketatkan kawalan di sempadan antarabangsa bagi mengekang kemasukan pendatang asing secara tidak sah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -masuk-seorang-pati |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|