|

Pantai Chenang antara tempat pelancongan yang dikunjungi ramai. - Foto fail
LANGKAWI: Industri pelancongan di pulau peranginan ini dijangka mampu kembali pulih sepenuhnya seawal tahun hadapan selepas berdepan pelbagai cabaran sepanjang tempoh lebih dua tahun lalu.
Pengerusi Persatuan Pelancongan Penduduk Langkawi (LRTA), Hazani Hussin, berkata perkembangan industri ketika ini masih dalam proses pemulihan pada kadar 85 peratus.
Jelasnya, walaupun kehadiran pelancong terutama ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini, menunjukkan peningkatan, masih ada pengusaha pelancongan masih teragak-agak membuka operasi mereka.
"Kita masih ada pengusaha produk pelancongan dan hotel bajet yang tidak mampu memulakan perniagaan semula selepas terkesan teruk lebih dua tahun akibat COVID-19.
"Wang simpanan mereka telah habis digunakan dan pengusaha kini kekurangan dana untuk masuk ke dalam fasa pemulihan seperti dicadangkan pelbagai pihak," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Hazaini berkata, berikutan itu sokongan kerajaan menerusi pakej ransangan termasuk peruntukan geran pemulihan dan inisiatif pinjaman pada kadar faedah rendah daripada bank kormersial amat diperlukan.
"Pada masa sama, pemain industri perlu merangka pakej pelancongan yang lebih menyeluruh dan berdaya saing serta tidak boleh bertahan dengan pakej sedia ada sebelum ini.
"Selain Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA), pulau ini perlukan lebih banyak acara antarabangsa seperti pertunjukan kereta antik, kembara motosikal berkuasa tinggi atau perlumbaan bot laju," katanya.
Beliau berkata, penonjolan pakej pelancongan yang mampu menarik kedatangan warga emas dari seluruh dunia juga boleh dibuat kerana golongan itu mempunyai kemampuan kewangan yang tinggi.
"Antaranya kita boleh menyediakan pakej kesihatan hijau berkualiti untuk mereka (warga emas) seperti membinapusat penginapan, rawatan dan pemulihan yang mesra alam.
"Pakej seperti ini amat popular dalam kalangan warga emas dari Taiwan, China, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Jerman," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... wi-pulih-85-peratus |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|