View: 334|Reply: 0
|
[Kelantan]
Penganggur dipenjara 11 tahun akibat mencabul, miliki senjata
[Copy link]
|
|
EDRY Shah Rimiey Ghani, 34, dijatuhi hukuman penjara 11 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Kota Bharu: Penganggur dijatuhi hukuman penjara 11 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini terhadap tiga pertuduhan termasuk mencabul remaja perempuan berusia 15 tahun di Kuala Krai pada Mac dan April lalu.
Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman itu terhadap Edry Shah Rimiey Ghani, 34, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan berkenaan.
Tertuduh didakwa memiliki sebilah pisau besi pendek berhulu kayu dan satu besi berwarna keemasan berlubang lima iaitu buku lima tanpa maksud yang sah.
Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah kedai serbaneka di dalam Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai kira-kira 5 petang pada 29 April lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 7(1) (a) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang boleh dihukum di bawah seksyen 7(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 10 tahun.
Bagi kesalahan ini, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dari tarikh tertuduh ditangkap.
Sementara itu, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa berusia 15 tahun di bawah rumpunan buluh berhampiran Sungai Gertak Runtuh, Kuala Krai kira-kira 3 petang pada 21 Mac lalu.
Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa sama di sebuah rumah di Kuala Krai kira-kira 10 pagi pada 20 April lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun untuk pertuduhan pertama, manakala enam tahun penjara bagi pertuduhan kedua.
Hukuman berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, tertuduh memohon hukuman ringan selain meminta berjalan serentak memandangkan perlu menjaga keluarga serta mengakui sudah insaf.
Bagaimanapun, Wan Nurul Hanini memohon hukuman setimpal supaya menjadi pengajaran kepada tertuduh serta masyarakat.
Mahkamah kemudian menjatuhi hukuman penjara lima tahun bagi pertuduhan pertama iaitu kes miliki senjata, serta enam tahun bagi pertuduhan kedua dan ketiga.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... abul-miliki-senjata |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|