CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 350|Reply: 0

Sri Pahang kecewa di kubu sendiri

[Copy link]
Post time 12-5-2022 10:18 AM | Show all posts |Read mode

SITUASI kelam kabut di depan gawang Sri Pahang. FOTO FB Sri Pahang FC

Kuantan: Sarawak United yang gagal beraksi cemerlang pada perlawanan sebelum ini menewaskan Sri Pahang FC 2-1 di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Kekurangan seorang pemain dalam skuad Tok Gajah dimanfaatkan sepenuhnya Sarawak United apabila bangkit pada babak kedua perlawanan dengan menjaringkan dua gol.

Pada perlawanan itu, Sri Pahang seharusnya menyalahkan diri sendiri selepas melepaskan empat peluang pada separuh masa pertama.

Ia bermula dengan peluang terbaik tuan rumah hadir menerusi pemain tengah, Manuel Hidalgo tetapi bola rembatannya terkena tiang di sebelah kiri pada minit ke-10.

Lima minit kemudian, pemain tengah, Baqiuddin Shamsudin turut memiliki peluang menjaringkan gol pendahuluan namun bola melepasi palang gol. Penyerang muda tuan rumah, Muhammad Syaahir Saiful Nizam yang hanya berdepan penjaga gol Sarawak United, Tauffiq Ar Rasyid Johar gagal melakukan penyudah tepat pada minit ke-21.

Begitu juga tandukan David Rowley yang terkena palang menyebabkan Sri Pahang terlepas peluang untuk membolosi gawang lawan pada minit ke-35.

Pada minit ke-39, tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pertahanan, Muslim Ahmad dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Mohamad Kamil Zakaria Ismail akibat mengasari penyerang Sarawak United, Francis Kone.

Namun, kekurangan seorang pemain tidak menghalang Sri Pahang yang akhirnya membolosi gawang lawan hasil sentuhan Hidalgo pada minit ke-45.

Bersambung babak kedua, Sarawak United yang jarang melakukan serangan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan penyerang, Nur Shamie Iszjan Amin pada minit ke-54.

Pada minit ke-72, penyerang import import Sarawak United, Uche Agba mudah menyempurnakan sepakan penalti menewaskan penjaga gol tuan rumah, Mamadou Samassa.

Penalti itu diperolehi selepas pemain pertahanan, Ashar Al Aafiz Abdullah menjatuhkan Muhammad Gopi Rizqi Ramachandra di dalam kotak penalti. Jaringan kedua lawan itu memastikan tiga mata menjadi milik Sarawak United manakala Sri Pahang akur terlepas peluang menambah mata.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ewa-di-kubu-sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.154638 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list