View: 4040|Reply: 2
|
Sek. Keb. Puchong Utama 2
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ada tak anak2 korang yang bersekolah di sekolah SKPU2 nih? Pernah tak korang kadang2 rasa macam nak naik marah atau bengang dgn apa2 yang berkaitan dengan sekolah ni?
Saya pasti mesti ada dan kalau takde pun maybe pasal korang tak hantar anak ker sekolah aka anak pegi sekolah naik bas dsbnya.
Macam saya pulak..dua anak saya bersekolah disini, dan kalau tak silap dah tiga Guru Besar bertukar. Mula2 sekolah nih okaylah tempat menunggu masih lagi dalam kawasan sekolah walaupun tak berpagar...tapi masih lagi mudah untuk ibubapa melihat dan menjemput anak di tempat menunggu nih.
Datang Guru Besar kedua ..mungkin Guru nak pencen tapi dinaikkan pangkat jadi Guru Besar...pasal tak sampai dua tahun dah pencen! Nak tunjuk power atau nak tunjuk cerdik sangat ...pegi ubah tempat menunggu tuh. Mulanya bagus jugaklah sebab tempat menunggu nih dimasukkan dalam kawasan sekolah sebab diorang takkan bertanggungjawab kalau terjadi apa2 pada anak2 jikalau mereka berada di luar kawasan sekolah.
Yang cerdik tuh dibina tembok batu setinggi maybe dalam 5-6 kaki kot macamtu..dan ada dua gate keluar masuk. Kira orang macam saya nih memang tak nampakler kat dalam sama ada anak saya tengah tunggu di tempat menunggu tuh atau masih di dalam kelas.
Dan yang kelakar tuh kalau kita tengok selalunya sekolah ...tembok batu dibina disekeliling kawasan sekolah dan pagar berjaring ker atau tembok yang berlubang untuk senang jenguk2 dibina di tempat menunggu. Jadi anak2 yang sedang bersekolah tuh terlindung ler dari orang luar semasa berada di dalam kawasan sekolah dan mudah untuk dijenguk ibu bapa semasa menunggu untuk pulang atau dihantar. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang saya tak faham tuh sebenarnya pihak sekolah nih nak melindungi anak2 yang bersekolah ker atau nak memudahkan diorang buat kerja. Tutup satu gate pasal guard ada sorang..biar saja ibu bapa macam orang bodoh terjenguk2 tunggu anak berpanas dan berhujan kat belah luar. Anak tak nampak kita ..kita pun tak nampak anak di dalam.
Bila masuk ajek dalam kawasan sekolah dipanggil Guard..kena sound tak boleh masuk. Bila kita cakap nak cari anak kita..disuruh pegi ker pejabat. APA HAL????? nak cari anak tah mana pegi ...tengah main dengan kawan2 ker tengah kena tahan dengan cikgu ker..mana kita nak tahu. Macam pegi pejabat pun ada orang nak layan...
Kita nih jadi ibu bapa dilayan macam entahler susah nak cakap..macam budak2 atau macam orang bodoh!! maybe...
Kalau hari hujan ...lagiiiiiilah naya! dahler nak letak keta susah...dengan kereta bersimpang siur. Anak kita nak g sekolah masuk kawasan sekolah ajek dah basah kuyup!
Memangler boleh berpayung atau berbaju hujan (jarang nampak yang ini, macam ada tempat sangkut baju hujan dalam kelas huhu) Tapi kalau kasut macamana? Basah lencun ler kasut anak ..sejuk ler kaki dia sampai balik sekolah. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam2 hal dengan sekolah ni..takkan ler tak boleh bertimbang rasa sikit. At least beri ler kereta masuk untuk antar anak bawah bumbung!!! Time nih guard jagalah ..ibu bapa pun bukannya tak reti nak beratur tunggu turn turunkan anak. Setahu saya dulu2 ada dibenarkan..memangler payah at least selesa sikit kat budak2 tuh. Ibu bapa pun senang hati bila hantar anak2.
Satu lagi pasal besi2 atau batu2 peninggalan bekas tempat menunggu dulu...dah 3 tahun tak dibuang2 ...membahayakan kat budak2 kalau terjatuh kat area benda2 nih ada. Guru besar baru nih tak jenguk kawasan sekolah ker?
BARBWIRE-tak sure betul ker tak ejaan nih dan saya pun tak sure orang panggil apa besi yang kadang2 diletak kat pagar yang ada tajam2 tuh. Boleh diletakkan sekeliling pagar??? Ada tu diletakkan berdekatan dengan tempat pompuan India jual jajan. Alasannya tak mahu budak2 rosakkan pagar! Budak2 terluka pasal kena besi tajam tuh takpe kot!
Budak2 apa yang diorang reti ..especially budak sekolah rendah. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|