CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 305|Reply: 0

[Terengganu] Sejam pujuk mangsa tertekan cuba terjun jambatan

[Copy link]
Post time 14-5-2022 10:36 AM | Show all posts |Read mode

Wanita yang cuba terjun dari jambatan berjaya diselamatkan Bomba sebelum ditenangkan rakannya. FOTO BOMBA

Chukai: Wanita yang dipercayai berada dalam keadaan tertekan dan cuba terjun dari jambatan Geliga, dekat sini, berjaya diselamatkan malam tadi.

Sebelum itu, wanita berusia 30-an itu dikatakan memanjat pagar jambatan terbabit sebelum perbuatannya disedari beberapa pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu kira-kira jam 7.40 petang.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Kemaman, Mohd Hasbulah Hanafiah berkata, orang ramai yang terkejut dengan perbuatan wanita itu kemudian menghubungi pihak bomba.

Menurutnya, wanita terbabit datang ke jambatan terbabit dengan menaiki sebuah kereta sebelum meletakkannya di kaki lima jambatan itu.

"Kami menerima panggilan pada jam 7.42 petang bersama 13 anggota bomba dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami dapati wanita itu berdiri di atas sebuah batang paip air besar untuk terjun ke sungai Kemaman itu pada ketinggian kira-kira 15 meter," katanya.

Mohd Hasbulah berkata, pihaknya serta bantuan anggota polis berusaha menenangkan dan memujuk mangsa, yang mengambil masa hampir sejam sebelum wanita itu berjaya diselamatkan.

"Pihak kami menggunakan peralatan menyelamat seperti tali dan abah-abah (body harness) sebagai langkah keselamatan menghadapi sebarang kemungkinan.

"Alhamdulillah usaha memujuk wanita itu berhasil sebelum dia diselamatkan ke tempat selamat kira-kira jam 8.30 malam," katanya.

Menurutnya, wanita terbabit kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uba-terjun-jambatan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.121522 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list