CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 388|Reply: 1

[Kelantan] Hanya kerana serai, lelaki parah ditetak

[Copy link]
Post time 15-5-2022 04:47 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Krai: Lelaki parah di kepala dan belakang badan dipercayai ditetak dalam pergaduhan di kebun getah di Kampung Gajah Mati Slow Temiang, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, mangsa berusia 39 tahun kini sedang dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad berkata, kejadian pada 12 tengah hari itu berlaku ketika suspek dan seorang lagi lelaki melalui jalan kebun mangsa, sebelum mangsa menjerkah mereka serta bertanya mengapa meracun serai yang ditanam.

Namun, katanya, suspek menafikan melakukan perkara itu.

"Ketika kedua-dua suspek ingin ke kereta ingin pulang dan melalui jalan kebun mangsa, mereka mendakwa mangsa membaling buluh tajam, batu serta sabit tajam oleh mangsa.

"Pada masa sama, mangsa juga menyerang suspek dengan parang dan berlaku pergelutan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Suzaimi berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian kerana suspek mahu melalui jalan untuk ke kebun getah, namun mangsa tidak benarkan sehingga berlaku pertengkaran dan pergaduhan.

Selain itu, mangsa juga menuduh suspek meracuni serai yang ditanamnya.

Suzaimi berkata, rakaman percakapan awal mangsa belum dapat diambil kerana mangsa sedang dirawat diHospital Sultan Ismail Petra.

"Bagaimanapun, hasil rakaman percakapan awal dengan doktor memaklumkan mangsa mengalami luka dalam sehingga pecah tengkorak kiri kepala, luka dalam di bahagian belakang dan luka calar di tangan kiri dan bengkak kaki kiri.

"Kecederaan yang dialami oleh mangsa adalah kecederaan serius dan boleh mendatangkan kecacatan kekal," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... elaki-parah-ditetak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2022 05:34 PM | Show all posts
eeee....baca pun takutdah...mmg skrg ramai yg mental ye...so kena berhati2 bila bercakap...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.034402 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list