CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 424|Reply: 0

Brunei ganti Myanmar uji taring Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 17-5-2022 05:33 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Saifuddin - Foto Bernama

BRUNEI akan menguji kekuatan Harimau Malaya selepas Myanmar terpaksa menarik diri pada perlawanan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 27 Mei ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar selepas menerima surat daripada Myanmar pada Isnin lalu.

Menurutnya, pemilihan Brunei dibuat selepas beberapa pasukan menolak pelawaan untuk menentang Malaysia yang dalam persiapan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun depan.

“FAM telah menerima surat daripada Myanmar semalam (Isnin) yang mengatakan mereka menolak untuk menentang Malaysia atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Jadi disebabkan itu kita telah mencari beberapa pasukan menggantikan Myanmar. Namun, semua menolak atas sebab kekangan masa dan perlu kuarantin bila balik ke negara asal jika mereka mengadakan perlawanan di luar.

“Jadi kita buka tawaran itu kepada Brunei dan mereka menerima pelawaan untuk gantikan Myanmar bagi perlawanan persahabatan hujung bulan ini,” katanya dalam sidang media pada Selasa.

Sebelum ini, Malaysia dijadual bertemu Myanmar pada pada 27 Mac, sebelum menentang Hong Kong pada 1 Jun, sebelum menjadi tuan rumah aksi Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023.

Dalam pada itu, Saifuddin berharap pemain yang dipanggil mengikuti kem latihan pusat Harimau Malaya kali ini dapat menghadirkan diri pada tarikh ditetapkan.


“Kepada semua pemain yang dipanggil (menjalani kem latihan pusat Harimau Malaya), saya mohon tuan-tuan hadir pada hari melaporkan diri pada 19 Mei ini.

“Walaupun anda cedera atau ada masalah, hadirkan diri terlebih dahulu. Selepas itu baru kita akan buat penilaian sama ada akan memberi pelepasan atau sebaliknya,” jelasnya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ring-Harimau-Malaya
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.035660 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list