CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35839|Reply: 16

Dah kenal 12 tahun, Ezaidi Aziz selamat bergelar suami

[Copy link]
Post time 9-2-2025 04:08 PM | Show all posts |Read mode
Ezaidi Aziz selamat bergelar suami kepada Wan Afeeqah Wan Azmi dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Putra Glass Hall, Shah Alam pada pagi Sabtu.

Berkongsi perasaan sudah bertukar status, Ezaidi atau Mohammad Ezaidi Abdul Aziz, 30, masih dalam keadaan tidak percaya namun berharap dapat melaksanakan tanggungjawab kepada isteri dengan sempurna.

Ini termasuk menjadi seorang imam yang baik buat isteri tersayang.



"Sebelum akad nikah memang agak gementar dan selepas bergelar suami masih ada perasaan tidak percaya tetapi insya-Allah doakan yang terbaik untuk kami suami isteri.

"Saya harap boleh menjadi suami bertanggungjawab dan menjadi imam yang baik untuk isteri serta membina rumah tangga bahagia selamanya," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Dalam pada itu, Ezaidi memberitahu dia sudah 12 tahun berkenalan dengan Afeeqah namun mula menjalinkan hubungan cinta tahun lalu.

Kata Ezaidi, dia tertarik dengan sikap Afeeqah yang mempunyai banyak persamaan dengan dia iaitu pemalu.

  


"Saya mengenali Afeeqah sejak usia kami 18 tahun. Selepas tamat sekolah, kami mula berkawan rapat tetapi waktu itu belum lagi bercinta.

"Kami memang ada satu kumpulan sembang dan selalu berkumpul minum kopi. Dipendekkan cerita, tahun lalu kami menjadi pasangan kekasih.

"Apa membuatkan saya jatuh cinta dengan Afeeqah, kami mempunyai persamaan iaitu kamu sama-sama pemalu orangnya... Saya suka dia sebab dia cantik!,” jelasnya.

Berbicara soal keputusan untuk mendirikan rumah tangga di saat kerjaya lakonannya sedang memuncak, pelakon drama Satu Hari Nanti ini tidak menjadikan perkahwinan sebagai halangan kerana percaya kepada rezeki ditetapkan Allah SWT.

  


Malah dia pernah merujuk perkara itu kepada seorang ustaz selain rakan artis iaitu Ikmal Amry yang turut berkahwin ketika kariernya sedang memuncak.

"Ustaz ada kata bila berkahwin ini Allah akan tambah lagi rezeki. Jadi saya percaya insya-Allah kalau memang rezeki tidak akan ke mana.

"Isteri pun tidak pernah menghalang untuk saya meneruskan kerjaya dalam bidang seni ini," katanya.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2025 04:17 PM | Show all posts
sape ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 04:17 PM | Show all posts
sape ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Whhhooooooarrreeeeuuuuuussss

Nak nikah pun kena tanya ustaz?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
30 dah ke umurnya

btw tahniah tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Whoareyus?

Btw meols kalau lawa..tp boipren ckp "Saya suka awk sebab awk cantik! " Mcm redflag jah..cuba kalau lepas beranak mepls gemuk ke berjeragat ke..lawa tu hilang..adakah rasa suka tu akan hilang sekali?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2025 05:18 PM | Show all posts
Sapekah beliau ni?
dah stalk IG pun aku masih x kenal
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
pelakon ke? tak kenal…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2025 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Maap dik, kaka tak kenal kamu. Apapun tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kenal tp ok la lawa kedua mempelai. Semoga bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh laki ni yg jadi hero terlalu sempurna kat kampung dalam drama keria women ke apa.... Tiru drama hometown cha cha cha
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols perasan dia mase jadi model baju melayu, org ingat adik fattah sama² hensem
Wife pun lawa. Tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 11:18 AM | Show all posts
mamat ni tetap kelantan hahahhahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
2x tgk mcm shahrul rizuan..tp totap xkenal sapa ko ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
muka dua2 org ni lawa la...pelakon/penyanyi neh?

terus terang betul...suka sbb cantekkkkk
harap bini kekal cantik sampai ke akhir hayat
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
kelantam ke? 12 taun kenai ….
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2025 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak tak kenal ko dgn bini ko dek
Tapi sebab kau helok, bini ko pun helok, akak ucapkan tahniah. Tu je lah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.049341 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list