CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 405|Reply: 0

[Terengganu] Redah laut siang, malam cari ayah

[Copy link]
Post time 18-5-2022 04:36 PM | Show all posts |Read mode

Tuan Romzi Tuan Razali, 51, berharap ayahnya, Tuan Razali Wok, 74, yang hilang di laut segera ditemui _ Foto NSTP/Ihsan Tuan Romzi

Kuala Terengganu: Tuan Romzi Tuan Razali, 51, nekad meredah lautan siang dan malam untuk mencari bapa, Tuan Razali Wok, 74, yang hilang selepas terjatuh daripada bot ketika pulang mencandat sotong bersama dua rakan pada pagi Isnin lalu.

Kehilangan bapa kepada sembilan anak itu disedari dua rakannya sebaik bot menghampiri Jeti Pelabuhan Chendering, jam 5.30 pagi dan kali terakhir rakan mendakwa melihat mangsa di atas bot pada jarak empat kilometer dari jeti berkenaan.

"Walaupun bersendirian saya tetap akan turun ke laut mencari ayah tanpa mengira siang dan malam.

"Saya satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Sudah menjadi tanggungjawab saya dan tidak akan jemu mencari ayah selagi dia tidak ditemui," katanya ketika dihubungi semalam.


Tuan Romzi berkata, sebagai anak dia harus menguatkan semangat walaupun dalam masa sama diselubungi kesedihan berikutan kehilangan orang tersayang.

"Apa yang berlaku ini adalah ujian Allah kepada kami. Jika dinilai, pengorbanan saya ini masih tidak cukup untuk membalas pengorbanan besar ayah yang sudah berpuluh tahun meredah lautan bagi membesarkan kami adik beradik," katanya.

Dia yang berada di laut ketika dihubungi melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada penduduk dan rakan nelayan yang tidak jemu-jemu turun ke laut membantu mencari bapanya.

Katanya, keluarga juga turut berusaha termasuk melakukan solat hajat, bacaan Yasin dan doa yang tidak putus-putus memohon agar bapa segera ditemui.

Tuan Romzi turut berterima kasih kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Jabatan Perikanan yang melakukan pencarian sejak Isnin lalu.

Sementara itu, anak bongsu mangsa, Tuan Nurul Hidayah, 37, berkata dia menghargai pengorbanan abangnya yang tidak mengenal erti penat lelah mencari bapa di laut.

"Saya tahu dia letih. Siang malam dia turun ke laut mencari ayah. Kami hargai pengorbanan abang dan kami adik beradik sentiasa mendoakan keselamatan abang sepanjang dia berada di laut mencari ayah," katanya.

Tuan Nurul Hidayah yang berkampung bersama keluarga di jeti berkenaan berharap bapanya segera ditemui.

"Apa keadaan sekalipun kami mahu melihat ayah dan berharap ayah ditemui segera" katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ang-malam-cari-ayah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.067764 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list