CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 473|Reply: 0

'Kami tak gerun Vietnam'

[Copy link]
Post time 18-5-2022 04:40 PM | Show all posts |Read mode

Pemain negara menjalani sesi latihan menjelang aksi separuh akhir menentang Vietnam malam esok.

KUALA LUMPUR: Reputasi juara bertahan dimiliki Vietnam tidak menggerunkan barisan pemain 'Harimau Muda' menjelang pertembungan kedua-dua pasukan dalam aksi separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA Hanoi di Stadium Viet Tri, Phu Tho, malam esok.

Atas kertas, kelebihan jelas milik Vietnam dengan skuad kendalian Park Hang Seo itu akan mendapat bantuan moral daripada daripada ribuan penyokong tuan rumah selain dilabel pilihan utama untuk meraih pingat emas.

Namun, peluang untuk anak buah Brad Maloney mencipta kejutan tetap ada sekiranya kena dengan taktikalnya dan dibantu persembahan terbaik pemain di atas padang.

Pemain tengah skuad negara, Syahir Bashah menyifatkan tiada apa-apa masalah buat dia dan rakan sepasukan yang lain untuk berdepan Vietnam walaupun ramai yang menganggap Malaysia sukar untuk mengatasi pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu.


Malah, pemain Selangor itu percaya bahawa Maloney mungkin memiliki 'taktikal istimewa' untuk menjinakkan Vietnam dan meneruskan pemburuan pingat emas.

"Untuk perlawanan menentang Vietnam, bagi saya tiada apa-apa masalah, saya yakin pasukan boleh buat. Jumpa mana-mana pasukan pun perlawanan tetap akan sama, kena menang juga untuk jadi juara.

"Aspek taktikal saya serahkan kepada jurulatih, tapi saya yakin jurulatih mesti ada taktikal istimewa untuk menentang Vietnam dan kami akan memberi yang terbaik.

"Jumpa Vietnam pun satu peluang untuk kita kerana jumpa tuan rumah. Jadi dari segi, ia semangat lebih baik untuk kami dan kami akan cuba kalahkan mereka," katanya kepada BH Sukan.

Berdasarkan rekod pertemuan dengan Vietnam di separuh akhir Sukan SEA sebelum ini, ia tidak memihak Malaysia apabila tewas 3-4 dan 1-2 pada 2003 dan 2005.

Namun, Malaysia juga pernah mengalahkan Vietnam di Sukan SEA terutama ketika menang 1-0 di final pada 2009 di Laos.

Sementara itu, Maloney mengakui Vietnam memiliki banyak kelebihan berbanding termasuk dibarisi ramai pemain yang berkualiti.

"Vietnam adalah pasukan yang sangat bagus dan pilihan untuk menjadi juara. Mereka ramai pemain berkualiti dan kami harus berwaspada dengan 11 pemain mereka di atas padang, bukan sahaja dua atau tiga pemain," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... i-tak-gerun-vietnam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.062638 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list