CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 408|Reply: 0

[Terengganu] 2 sarang buatan Enggang Papan dipasang di Terengganu

[Copy link]
Post time 18-5-2022 05:05 PM | Show all posts |Read mode

KUALA NERUS: Dua sarang buatan burung Enggang Papan atau 'Great Hornbill' dipasang di kawasan dusun buah-buahan di Kampung Darat Batu Rakit Hulu, di sini dalam usaha memelihara dan memulihara spesis berkenaan.

Pakar Penyelidik Burung Enggang, Dr Ravinder Kaur berkata, pemasangan sarang buatan pada pokok durian itu adalah pertama dilakukan di luar Sabah dengan Terengganu menjadi projek perintis di Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata, pemasangan sarang buatan itu bagi menggantikan sarang burung berkenaan yang rosak selepas pokoknya tumbang.

"Pemilihan lokasi ini berdasarkan kajian dan penemuan spesis Enggang Papan di kawasan Batu Rakit di sini sejak 15 tahun lalu.


"Sebenarnya pelbagai spesis enggang ditemui di Terengganu terutama di Tasik Kenyir di Hulu Terengganu, tetapi di kawasan ini kita menemui Enggang Papan.

"Ini adalah projek rintis dan kita berharap pemasangan ini dapat membantu memelihara spesis ini daripada pupus.

"Jika tidak diganti baharu, ada kemungkinan burung ini terutama spesis enggang yang besar seperti Enggang Papan, Enggang Terbang Mertua (Helmeted Hornbill) dan Enggang Badak (Rhinoceros Hornbill) akan pupus kerana tidak mempunyai sarang untuk membiak," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau yang juga pensyarah di Sunway University berkata, pemasangan sarang buatan itu mula dilakukan sejak 2013 bermula di Kinabatangan, Sabah dengan kira-kira 30 sarang buatan sudah didipasang sehingga kini.

"Kita sebenarnya merancang projek ini sejak 2019, tetapi ia tertangguh kerana pandemik COVID-19.

"Projek ini akan dijadikan projek rintis dan kita akan memasangnya di beberapa lokasi lain mengikut keperluan dan hasil kajian yang akan dilakukan kelak," katanya.


Pegawai Penyelidik Hidupan Liar NGO Hutan Sabah memasang sarang buatan Enggang Papan di kawasan dusun buah-buahan di Kampung Darat Batu Rakit Hulu di sini dalam usaha memelihara dan memulihara spesis berkenaan. - NSTP/GHAZALI KORI

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Darat Batu Rakit Hulu Mohd Azame Abu Bakar, melahirkan rasa bangga dan berbesar hati apabila kampung berkenaan dijadikan projek perintis di Semenanjung Malaysia.

"Kita berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan projek ini dan berharap pelaksanaan projek ini dapat membuatkan kampung ini dikenali masyarakat luar.

"Dari segi pemasangan sarang buatan itu, kita sudah mendapatkan kebenaran pemilik kebun dan kita juga mengharapkan kerjasama penduduk untuk sama-sama menjayakan projek ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... asang-di-terengganu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.040657 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list