View: 462|Reply: 0
|
JDT tempuh detik cemas- Mora
[Copy link]
|
|
MORA pada sidang media selepas perlawanan menentang Sri Pahang FC di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. -FOTO Nur Aisyah Mazalan
Johor Bahru: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora mengakui barisan pemainnya berdepan kesukaran dan terpaksa menempuh detik cemas sebelum mengikat keputusan seri 2-2 dengan Sri Pahang FC pada aksi Liga Super, di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.
Mora berkata, skuad kendalian Christophe Gamel bermula dengan baik apabila berusaha untuk memberi tekanan terhadap barisan pemain JDT terutama kelicikan Manuel Hidalgo yang menjadi duri dalam daging buat skuad Harimau Selatan.
"Mereka mengasak benteng JDT dengan bergerak di posisi sayap kanan dan kiri dan situasi itu memberi kami kesukaran untuk mengekalkan corak permainan yang konsisten terutama babak pertama apabila sering di asak sehingga mereka bangkit menyamakan jaringan dan seterusnya mendahului 2-1 sebelum tamat babak pertama.
"Pada babak kedua, kami mendominasi permainan dan menyusun strategi apabila kerap memberi tekanan di benteng lawan sehingga mereka membuat kesilapan dan saya enggan mengulas lanjut mengenai keputusan pengadil menghadiahkan sepakan penalti. Jadi saya anggap itu mungkin rezeki buat JDT.
"Saya juga membuat rombakan di posisi pertahanan kerana tidak dapat menurunkan Caril (De Murga) kerana dia mengalami kecederaan malah prestast tiga pemain pertahanan iaitu Matthew (Davies), Shahrul (Saad) dan Aidil (Zafuan Abd Radzak) juga tidak mengecewakan kerana mampu menyekat barisan serangan lawan," katanya.
Apapun, Mora mengakui agak kecewa dengan persembahan pemain warisan, Nathaniel Shio Hong Wan apabila gagal mengekalkan konsistensi di posisi tengah selepas kerap kehilangan bola kepada pemain lawan dan ia senario yang tidak harus berlaku terutama buat pemain muda.
Katanya, Nathaniel harus sentiasa berada di tahap permainan yang memuaskan kerana dia pemain muda yang memiliki bakat besar tapi pada aksi menentang Sri Pahang FC, pemain itu gagal mengekalkan momentum permainan ketika aksi lalu.
"Masalah yang kerap berlaku kepada pemain muda ialah mereka mampu beri persembahan terbaik dan ada ketika mereka seolah-olah hilang arah. Faktor usia dan memainkan peranan selain perasaan gementar beraksi menentang Sri Pahang FC," katanya.
Mengenai tempoh rehat hampir sebulan, pengendali kelahiran Mexico itu mengesahkan beberapa pemain JDT akan menyertai skuad kebangsaan bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia 2023 manakala pemain yang kurang minit permainan akan bersama Johor Darul Ta'zim II (JDT II) untuk aksi Liga Perdana.
"Tempoh rehat ini penting bukan sahaja beberapa pemain akan menyertai JDT II malah pemain yang mengalami kecederaan seperti Shane (Lowry), Leandro (Velazquez) , Natxo (Insa) dan Carli akan pulih sepenuh menjelang aksi menentang Kedah (Darul Aman FC) kelak," kata Mora.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... uh-detik-cemas-mora |
|
|
|
|
|
|
| |
|