CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 473|Reply: 0

Haziq bagai bermimpi bersama kelab Turki

[Copy link]
Post time 19-5-2022 05:49 PM | Show all posts |Read mode

HAZIQ Alzam menandatangani kontrak dengan kelab profesional Liga Turki, Karagumruk SK, semalam.

Kuala Lumpur: Belgium sudah, Sepanyol sudah, Jerman sudah, Bosnia pun sudah.

Kini Liga Turki pula menyaksikan seorang lagi ubi muda negara, Muhammad Haziq Alzam berjaya melebarkan sayapnya di benua Eropah.

Haziq, 18, secara rasmi menandatangani kontrak bersama kelab divisyen satu Turki, Karagumruk SK, semalam, sekali gus menambah bilangan pemain muda negara di Eropah.

Sebelum ini, beberapa pemain sudah berada di luar negara antaranya Luqman Hakim Shamsudin dengan KV Kortrijk di Belgium; Allee Putra Azril bersama Malaga City di Sepanyol; Annil Vigneswaran dengan SGV Freiberg di Jerman dan Muhamamad Rafieq Al-Amzar Zulkifeli di Liga Bosnia dengan kelab NK Zvijezda Gradacac.

Haziq mengakui apabila mendapat tawaran itu melalui ejen, dia agak terkejut dan terasa seperti bermimpi.

"Kemudian saya berasa teruja dan amat bersyukur kerana tawaran ini datang dari kelab liga utama di Turki, Alhamdulillah.

"Sememangnya saya sudah lama bercita-cita ingin bermain di kelab Eropah dan apabila sudah menjejakkan kaki di Istanbul ini, terasa seperti impian saya akan menjadi kenyataan," katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Untuk rekod, Karagumruk SK adalah sebuah kelab paling lama di Turki yang hampir mencecah 96 tahun penubuhannya.

Karagumruk SK atau diberi jolokan skuad The Black Red adalah antara pencabar utama Liga Turki bersama Galatasaray, Fenerbahce dan Besiktas yang sering mewarnai saingan Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa.

Haziq yang beraksi di bahagian tengah mengakui bersedia memperkuatkan skuad kebangsaan pada masa depan jika khidmatnya ditagih.

Namun buat masa ini, Haziq mahu memberi sepenuh tumpuan dengan kelab barunya dengan menyasarkan untuk cuba memecah masuk ke skuad utama.

"Saya bercadang untuk meneruskan karier bola sepak di benua Eropah dan mungkin dalam tempoh dua hingga tiga tahun sebelum kembali ke Malaysia.

"Sekiranya mendapat panggilan skuad negara saya amat berbesar hati dan sedia berkhidmat kerana itu adalah cita-cita saya sejak kecil," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... bersama-kelab-turki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.090411 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list