CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 478|Reply: 0

Mariano enggan salahkan pemainnya

[Copy link]
Post time 21-5-2022 01:15 PM | Show all posts |Read mode

PENGENDALI JDT II, Raul Mariano. -FOTO Malik Muhamad

Kuala Terengganu: Pengendali Johor Darul Ta'zim II (JDT II), Raul Mariano enggan menyalahkan anak buahnya walaupun terlepas peluang untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata ketika berdepan tuan rumah, Terengganu FC II (TFC II) pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Sebaliknya Mariano tetap berpuas hati dengan persembahan pemainnya yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan biarpun gagal membawa pulang sebarang mata.

Bagaimanapun pengendali kelahiran Argentina berusia 41 tahun itu mahukan anak buahnya segera melupakan episod malang itu untuk kekal fokus berdepan Selangor 2 pada aksi kesembilan selepas ini.

"Aksi diperagakan pemain cukup bagus pada malam ini (malam tadi), pemain sentiasa beraksi dengan baik sepanjang 90 minit permainan berdepan dengan lawan yang juga sebuah pasukan yang bagus, maknanya aksi kedua-dua pasukan adalah seimbang.

"Namun permainan bola sepak adalah menjaringkan gol, siapa yang menghasilkan jaringan adalah pemenang, jadi TFC II berpeluang untuk menjaringkan gol berbanding kami.

"Tapi saya tidak mahu menyalahkan anak buah termasuk benteng pertahanan kerana mereka sudah beraksi dengan baik biarpun bermain di tempat lawan, namun keputusan sudah berlaku, jadi saya harap pemain bangkit selepas ini untuk memburu kemenangan," katanya.

Mariano yang berpengalaman luas dalam pentas bola sepak antarabangsa meletakkan harapan yang tinggi kepada pemainnya untuk terus kekal mendahului liga walaupun pasti cabaran sengit bakal dilalui anak buahnya.

Selain itu beliau turut menuntut anak buahnya agar menjadikan setiap perlawanan adalah penting bagi memastikan impian untuk menjulang trofi Liga Perdana musim ini tercapai.

Dalam perlawanan itu, skuad Harimau Selatan terlebih dahulu menghasilkan jaringan menerusi pemain import mereka, Bienvenido Maranon pada minit ke-43 sebelum anak buah Badrul Afzan Razali bangkit pada babak kedua menerusi jaringan berkualiti Zuasyraf Zulkiefle pada minit ke-62 dan pemain gantian, Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali pada minit ke-84 untuk melakar kemenangan 2-1.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -salahkan-pemainnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.043290 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list