View: 556|Reply: 0
|
Gamel sudah biasa terpalit kontroversi
[Copy link]
|
|
PEMAIN Sri Pahang meraikan gol kedua pada pertemuan menentang JDT. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
JOHOR BAHRU: Gol penalti kontroversi yang diperolehi Johor Darul Ta’zim (JDT) hingga merentap peluang Sri Pahang FC meraih kemenangan pada aksi Liga Super, Rabu lalu bukanlah sesuatu yang mengejutkan ketua jurulatihnya, Christophe Gamel.
Gamel berkata, beliau sudah kalis dengan kontroversi sejak menyertai Tok Gajah musim lalu sebagai penolong Thomas Dooley sebelum digantikan Dollah Salleh.
Mengambil positif daripada perlawanan itu, yang berakhir 2-2 Gamel berpuas hati dengan aksi dipamerkan pemain mudanya yang hampir mampu mengejutkan pasukan bertaraf bintang itu.
[img][/img]
Christophe Gamel ketika meraikan jaringan Sri Pahang dalam pertemuan menentang JDT.
“Saya sudah kalis dengan kontroversi dan sama sekali tak terkejut dengan keputusan itu. Sepanjang saya di sini, sudah banyak keputusan kontroversi yang saya lihat sejak awal musim lagi.
“Apa yang penting pemain dapat beraksi dengan baik, walaupun mereka masih muda dan tak banyak pengalaman, namun mampu menterjemahkan strategi direncanakan.
“Kami hampir mencipta kemenangan yang membanggakan, malangnya rezeki tidak berpihak kepada kami. Saya cukup berbangga dengan aksi yang ditunjukkan pemain menepati apa Yang dijangkakan,” katanya.
Pada perlawanan itu, Sri Pahang mendahului menerusi jaringan Mahmoud Saleem Za’tara dan Manuel Hidalgo memadamkan gol pembukaan Bergson Da Silva yang turut menyempurnakan gol penalti pada minit ke-88 bagi mengikat kedudukan 2-2. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... rpalit-kontroversi/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|