CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 559|Reply: 0

Syafiq Ahmad jadi mangsa?

[Copy link]
Post time 21-5-2022 01:40 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA: Keputusan drastik Johor Darul Ta’zim (JDT) memanggil semula Syafiq Ahmad dari Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk kembali ke pangkuan pasukan mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak negara.

Ini memandangkan tempoh pinjaman Syafiq kepada skuad Sang Kenari belum genap setahun seperti yang dipersetujui sebelum ini, dan dia baru beraksi dalam sembilan perlawanan dengan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak.

Di media sosial, peminat beranggapan pemain kebangsaan itu menjadi mangsa ‘pergeseran’ antara Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dengan pemilik skuad JDT, Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

    WELCOME BACK SYAFIQ AHMAD!

    Johor Darul Ta'zim FC will recall Syafiq Ahmad from his loan stint at Kedah Darul Aman FC. He will rejoin the JDT squad after the International break. pic.twitter.com/RM4GYzXcUT

    — JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) May 20, 2022

“Klausa (panggil balik) itu tidak akan aktif pun kalau mulut MB jaga elok…JDT bukan tak cukup pemain, terlebih dari cukup,” kata Mohamad Solleh dalam ruangan komen di laman Facebook rasmi Kedah Darul Aman FC.

Selain itu, Avril Mitragyna berkata, KDA FC sepatutnya berterima kasih dengan keputusan JDT untuk meminjamkan penyerang kebangsaan itu dan bukannya membalas dengan sindiran dan menimbulkan sentimen.

“Bila dah tolong bukan mahu berterima kasih…Tetapi disindir macam orang tak faham sentimen penyokong…Bila semua perkara nak dipolitikkan…Bila cuba alih isu prestasi Kedah yang merudum…Menyusahkan pemain sendiri.

“Penyokong memang tak kisah tak rasa sulit tanpa Syafiq…Tetapi, pada pemain Kedah, bagai jatuh ditimpa tangga. Selamat datang ke Liga Primier Kedah,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Iqram berkata, tidak salah untuk bercakap tetapi jangan berlebih-lebih.


Kelmarin, Muhammad Sanusi telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa sukan bola sepak untuk semua dan bukannya individu tertentu sehinggakan ada yang perlu menyembah ‘tokong’.

Muhammad Sanusi yang juga merupakan Menteri Besar Kedah mendakwa semua mata kini tertumpu kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berikutan terdapat beberapa kejadian yang didakwa sangat pelik pernah berlaku dalam arena bola sepak tanah air.

Satu daripada kejadian itu katanya, adalah tambahan masa kecederaan selama 10 minit yang diberikan pengadil sewaktu berlangsung perlawanan antara Negeri Sembilan dan JDT di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Kenyataan Muhammad Sanusi itu mendapat perhatian daripada warganet dan ramai berpendapat daripada mendakwa mengeluarkan isu tokong dalam bola sepak tempatan, adalah lebih elok dia melaporkan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).


Syafiq memulakan karier peringkat remaja bersama SMK Tunku Anum sebelum diserap masuk ke skuad Piala Presiden Kedah selepas tamat pengajian pada musim 2013.

Terdahulu, JDT dalam satu kenyataan ringkas di Facebook JOHOR Southern Tigers, berkata, penyerang kebangsaan berusia 26 tahun itu akan melapor diri selepas tamat cuti antarabangsa.

“Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim akan memanggil semula Syafiq Ahmad daripada pinjamannya di Kedah Darul Aman FC. Beliau akan menyertai semula skuad JDT selepas tamat cuti antarabangsa,” kata JDT dalam kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE
https://www.utusan.com.my/sukan/2022/05/syafiq-ahmad-jadi-mangsa/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.273488 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list