CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 351|Reply: 0

[Kelantan] Luluh hati melihat anak terlantar

[Copy link]
Post time 22-5-2022 01:43 PM | Show all posts |Read mode

Wan Azizah Wan Yusoff memberi susu kepada Muhammad Al Idrus, melalui wayar yang dipasang melalui hidung. FOTO Paya Linda Yahya

Gua Musang: Luluh hati pasangan suami isteri ini apabila anak bongsu berusia tiga tahun yang diharapkan membesar secara normal, hanya mampu terlantar.

Sejak dilahirkan, Muhammad Al Idrus Mohd Dasuki, 3, tidak dapat menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak seusianya kerana mengalami masalah lelangit berlubang, paru-paru, jantung dan buah pinggang.

Akibat derita penyakitnya itu, anak kepada pasangan Wan Azizah Wan Yusoff, 40, dan Mohd Dasuki Mohd Nor, 44, itu kini hanya mampu meniarap dan terlantar, selain bergantung kepada susu yang disalurkan melalui hidungnya.

Wan Azizah berkata, masalah kesihatan anaknya itu dikesan selepas dua hari dilahirkan apabila dimaklumkan kanak-kanak itu mengalami demam kuning.

"Sejak itu, Idrus (panggilan mesra Muhammad Al Idrus) dikesan mempunyai lelangit berlubang, masalah paru-paru, jantung dan buah pinggang serta sehingga kini masih menerima rawatan lanjut di Hospital Gua Musang dan Kuala Krai.

"Pada awalnya sukar untuk saya menerima keadaan ini, tetapi ini adalah ketentuan Allah SWT, kami reda dan akan menjaga Idrus dengan sebaiknya," katanya ketika ditemui.

Terdahulu, pasangan suami isteri itu menerima kunjungan Persatuan Cakna Kasih dan Pengurus Projek Sektor Kemiskinan Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction), Muhammad Azri Abdul Jalil di Kampung Star, di sini, hari ini.

Mohd Dasuki berkata, berikutan penyakit yang dialami Muhammad Al Idrus, dia terpaksa berhenti kerja untuk memberi lebih perhatian terhadap anaknya itu.

"Sejak Idrus sakit dan terpaksa berulang-alik ke hospital Kuala Krai dan Kota Bharu, saya terpaksa berhenti kerja kerana perlukan lebih masa untuk menguruskan anak.

"Saya kini hanya melakukan kerja kampung dan mengharapkan bantuan Jabatan Kebaikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 untuk menguruskan keperluan Idrus," katanya.

Sementara itu, wakil MyFundAction, Muhammad Azri berkata, pihaknya menyalurkan bantuan keperluan asas kepada keluarga itu selama enam bulan.

"Selepas enam bulan, kita akan nilai apa keperluan yang boleh dibantu di bawah projek yang kita ada, antaranya Projek Pembangunan Keusahawanan, Rumah Impian dan Kesihatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ihat-anak-terlantar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.119581 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list