CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 580|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki hilang dalam insiden perahu karam ketika menjala ikan dijumpai lemas

[Copy link]
Post time 28-5-2022 03:29 PM | Show all posts |Read mode


Mangsa dijumpai lemas selepas tiga hari kejadian perahu karam di Sungai Balleh.

KAPIT: Seorang lelaki yang hilang selepas perahu dinaiki bersama tiga rakan karam ketika menjala ikan berhampiran Empangan Baleh, Putai dekat sini pada malam Rabu lalu dijumpai lemas petang Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, Timoty Barat berkata mangsa dikenali sebagai Julius Melina berusia 35 tahun dijumpai terapung oleh orang awam berhampiran Klinik Kesihatan Nanga Merirai pada jam 4.11 petang itu.

Katanya, pihaknya menerima panggilan daripada Balai Polis Kapit mengenai kejadian sekitar 12.22 tengah hari itu.

"Dalam insiden itu, mangsa gagal menyelamatkan diri manakala dua rakan mangsa selamat selepas berjaya berenang ke tebing sungai yang berlaku sekitar tengah malam Rabu lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, mayat mangsa dijumpai terapung oleh orang awam kira-kira 40 kilometer daripada lokasi perahu mereka karam.

Timoty berkata, mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi pencarian telah ditamatkan pada jam 4.11 petang.

Operasi pencarian tersebut juga dibantu oleh pasukan polis (empat), Angkatan Pertahanan Awam (dua orang) dan tiga orang dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

"Mangsa berasal dari Nanga Ibau, Kapit merupakan seorang pekerja Empangan Balleh Putai," tambah beliau.


utusanborneo.com.my/2022/05/28
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.087904 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list