CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 683|Reply: 0

[Sarawak] Kebakaran bilik server: Sistem, perkhidmatan dalam talian Sarawak pulih Isnin

[Copy link]
Post time 28-5-2022 03:30 PM | Show all posts |Read mode


Insiden kebakaran di bilik server di Wisma Bapa Malaysia di sini malam Khamis.

KUCHING: Kerja-kerja memulihkan sistem dan perkhidmatan dalam talian kerajaan Sarawak yang tergendala akibat kebakaran di bilik server di Wisma Bapa Malaysia di sini malam Khamis, dijangka selesai Isnin ini.

Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS), syarikat teknologi maklumat (IT) milik kerajaan negeri, dalam kenyataan dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) malam semalam memaklumkan para pakarnya telah berkerja 24 jam sejak insiden itu dengan sebahagian sistem yang kritikal berjaya dipulihkan.

“Kami akan meneruskan usaha untuk memastikan sebahagian besar sistem dan perkhidmatan kembali berfungsi menjelang Isnin ini,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan kebakaran dilaporkan oleh orang awam pada 7.13 malam semalam selepas asap tebal dilihat keluar dari salah satu daripada 22 tingkat bangunan pusat pentadbiran negeri itu.

Bekalan elektrik di bangunan itu diputuskan pada 8.28 malam sebelum anggota bomba dapat memasuki bilik server dan memadamkan api. - BERNAMA


utusanborneo.com.my/2022/05/28

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.472315 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list