View: 4779|Reply: 2
|
lagu rasmi WP: sejahtera dan maju; takyah ler tukar!!
[Copy link]
|
|
Tukar lagu WP: Zulhasnan minta dikaji semula
KUALA LUMPUR 19 Sept. - Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique meminta Kabinet menimbang semula keputusan untuk menukar lagu rasmi Wilayah Persekutuan.
Beliau berkata, walaupun jemaah menteri berhak mengambil langkah itu tetapi kesan perubahan lagu itu kepada warga kota perlu dikaji terlebih dahulu dengan sedalam-dalamnya.
"Selepas empat tahun, Kabinet perlu kaji impaknya terutama kepada murid-murid sekolah yang sudah sebati dengan lagu Maju dan Sejahtera yang telah berkumandang di hati mereka sejak 2006," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Hari ini, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib mengesahkan bahawa lagu rasmi Wilayah Persekutuan akan ditukar.
Menurutnya, keseluruhan lagu itu akan diubah iaitu dari segi melodi dan liriknya.
Difahamkan, satu sidang akhbar atau kenyataan khas akan dikeluarkan berhubung perkara itu dalam waktu terdekat ini.
Mengikut perancangan, melodi dan lirik lagu Wilayah Persekutuan sedia ada akan digantikan sebelum sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun depan.
Lagu sekarang, Maju dan Sejahtera diwartakan dan dilancarkan oleh bekas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail di Dataran Merdeka pada 20 Ogos 2006.
Ia kali pertama digunakan oleh kontinjen Wilayah Persekutuan sewaktu Sukan Malaysia (Sukma) di Kedah pada 2006 sebelum dinyanyikan dalam semua acara rasmi dan sekolah di Wilayah Persekutuan.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dipetik oleh akhbar The Star sebagai berkata, lirik baru lagu itu akan lebih sejajar dengan semangat 1Malaysia.
Katanya, lagu baru itu juga akan mempunyai tempo yang lebih rancak berbanding tempo lagu sekarang yang agak perlahan.
Lagu Maju dan Sejahtera dicipta oleh komposer terkenal, Datuk Wah Idris, individu di belakang versi terbaru lagu Negaraku dan lagu tema Sukan Komanwel 1998, Standing in the Eyes of the World manakala liriknya pula ditulis oleh Sheikh Faisal Mansor.
Berikut adalah lirik lagu Wilayah Persekutuan, Maju dan Sejahtera.
Harmoni Wilayah Pertiwi
Semoga Sentiasa Diberkati
Wawasan Hala Pembangunan
Sebagai Semangat Perpaduan
Wilayah Persekutuan
Maju dan Sejahtera (2x)
Lagu itu boleh didengar di laman You Tube di alamat http://www.youtube.com.
aku tak tau pung lagu WP nih..... lagu negeri selangor bley ler.... ekkk |
|
|
|
|
|
|
|
tukar apa yg untung nyer......... |
|
|
|
|
|
|
|
HEHEHEHEHEHEHEHEE
UNTUNGNYER SAPA YG DAPAT KONTRAK BUAT LAGU TUH!!!!
PERGH!!!! LEPAS 5 TAHUN TUKAR LAGIK.... MASYUUUKKK LAGI
TAPI MENTERI LAIN LA PLAK!!!!HEHEHEHEHE |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|