View: 538|Reply: 0
|
[Johor]
Rugi RM688,500 ditipu pelaburan mata wang digital
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: Padah percaya dengan pulangan lumayan, seorang pengurus syarikat insurans kerugian RM688,500.30, bulan lalu.
Wanita berusia 38 tahun itu dikatakan terpedaya dalam pelaburan mata wang digital menerusi aplikasi sembang dan media sosial.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Asisten Komisioner Amran Md Jusin berkata, mangsa tampil membuat laporan polis kelmarin selepas menyedari tertipu.
"Berdasarkan laporan, mangsa dipercayai terpedaya selepas dijanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat.
"Perkara itu terjadi selepas dia mendakwa ada berkomunikasi dengan seorang individu menerusi aplikasi WhatsApp dan Instagram sebelum mangsa mengikut semua arahan individu berkenaan," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Beliau berkata, individu terbabit meminta mangsa memasukkan wang dalam 10 akaun berbeza menerusi 19 transaksi bernilai RM688,500.30 antara 20 hingga 31 Mei lalu.
"Mangsa mula menyedari ditipu selepas tidak dapat menghubungi individu berkenaan selain tidak menerima keuntungan lumayan seperti dijanjikan," katanya.
Amran berkata, polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes itu dengan memeriksa semua butiran akaun bank yang digunakan dalam penipuan terbabit.
Hasil siasatan awal, katanya, enam daripada 10 akaun bank itu pernah mempunyai rekod digunakan bagi lain-lain kes jenayah komersial di Johor dan seluruh negara.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati serta tidak mudah terpedaya terutamanya dengan tawaran yang menjanjikan pulangan keuntungan lumayan dalam tempoh masa singkat.
Katanya, orang ramai dinasihatkan menggunakan perkhidmatan dalam talian seperti CCID Scam Response Centre dan CCID Infoline sekiranya mempunyai pertanyaan berhubung butiran jenayah komersial.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-mata-wang-digital |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|