
MASIDI
KOTA KINABALU: Tujuh daerah di negeri ini merekodkan peningkatan kes jangkitan baharu COVID-19 berbanding tiga daerah yang menunjukan penurunan kes.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu kekal daerah yang merekodkan kes dua angka iaitu 13 kes baharu.
“Sebanyak 12 daerah merekodkan kes baharu satu angka antara satu hingga tiga kes jangkitan, manakala jumlah daerah bersih daripada sebarang jangkitan berkurangan kepada 14 daerah.
“Perubahan angka jangkitan di daerah-daerah yang terlibat adalah marginal kecuali 17 daerah yang kekal sebagaimana sebelum ini,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.
Katanya, terdapat sedikit pertambahan jumlah jangkitan sebanyak empat kes menjadikan angka jangkitan baharu hari ini berjumlah 32 kes.
“Semua 32 kes baharu yang direkodkan hari ini adalah kategori ringan iaitu satu dan dua sahaja,” katanya.
utusanborneo.com.my/2022/06/02 |