CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 607|Reply: 0

[Sabah] Empat warga asing ditahan miliki minyak petrol tanpa permit

[Copy link]
Post time 2-6-2022 08:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 2-6-2022 12:56 PM



RAMPAS: Antara minyak petrol yang dirampas dalam operasi tersebut.

SEMPORNA: Empat lelaki warga asing ditahan selepas memiliki minyak petrol tanpa permit dan disyaki untuk tujuan penyeludupan, di sebuah stesen minyak, di sini semalam.

Kesemua suspek ditahan oleh sepasukan polis yang menjalankan Ops Kontraban di lokasi kejadian kira-kira jam 11.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Farhan Lee Abdullah berkata pasukan operasi mengesan semua suspek sedang leka mengisi minyak petrol ke dalam gelen.
“Hasil siasatan mendapati, keempat-empat lelaki yang berumur 30 hingga 44 tahun terbabit adalah warga asing.

“Pasukan serbuan turut menemukan sebanyak 20 gelen berisi minyak petrol dan 12 gelen kosong dipercayai untuk tujuan menyalahi undang-undang,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Katanya, semua suspek juga gagal menunjukkan sebarang permit untuk membeli minyak petrol dalam kuantiti yang banyak.

“Semua suspek dan barang rampasan yang dianggarkan bernilai RM1,000 itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk tindakan lanjut.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Menurutnya, pembelian minyak petrol atau diesel menggunakan gelen perlu mendapat permit khas daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Farhan menasihatkan individu yang mahu membeli minyak petrol atau diesel menggunakan gelen perlu mendapatkan permit khas daripada KPDNHEP.

“Pengusaha stesen minyak juga perlu memastikan individu yang mahu membeli minyak petrol atau diesel sentiasa mengikuti undang-undang bagi mengelak dikenakan hukuman denda RM1 juta dan penjara.

“Tindakan ini dibuat bagi mencegah penyalahgunaan atau penyelewengan barang kawalan bersubsidi yang boleh mengakibatkan kerugian kepada negara,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/06/02
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.141441 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list