CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 589|Reply: 0

[Sarawak] Taib berharap perpaduan di Sarawak terus kekal teguh

[Copy link]
Post time 2-6-2022 10:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 2-6-2022 02:03 PM



KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berharap perpaduan dan suasana harmoni rakyat Sarawak akan terus kekal teguh sampai bila-bila.

Katanya, keunikan itu menjadi tunjang  perpaduan dan kestabilan politik negeri ini dan ia perlu dipelihara.

Beliau  berkata, keharmonian dan kedamaian yang dinikmati kini merupakan hasil sikap toleransi dan semangat saling mempercayai dalam kalangan rakyat daripada pelbagai suku kaum, budaya dan agama di Sarawak

“Rakyat harus berasa bangga dengan kebolehan negeri ini mencapai kemajuan yang amat memberangsangkan.

“Kita harus bersyukur, berkat perpaduan dan kerjasama rakyat dan semua pihak dalam menjaga hubungan baik sesama sendiri, Sarawak kerap kali dirujuk sebagai negeri yang mempunyai semangat toleransi dan muhibah dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi perutusan perayaan Hari Gawai Dayak 2022 yang disambut masyarakat Dayak  hari ini.

Taib berkata, suasana muhibah ini dapat dilihat melalui kerjasama rapat antara semua kaum dalam pembangunan ekonomi dan sosial.


sarawakvoice.com/2022/06/01
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.039915 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list