CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 430|Reply: 0

[Terengganu] Terkejut lihat kelibat buaya di Pantai Kampung Tengah Kijal

[Copy link]
Post time 12-6-2022 12:14 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video kelibat seekor buaya di Pantai Kampung Tengah dekat Kijal di sini pada Sabtu. - Foto Bernama

KEMAMAN - Sekumpulan nelayan terkejut apabila terlihat kelibat seekor buaya di Pantai Kampung Tengah dekat Kijal di sini pada Sabtu.

Wan Zuhairi Wan Nordin, 32, berkata, kejadian itu berlaku ketika dia dan beberapa nelayan lain sedang dalam perjalanan memukat ikan bilis di tengah laut kira-kira 7 pagi.

"Ingatkan apa benda yang bergerak hingga air berkocak kuat.

Bila dilihat dengan teliti, rupanya ia seekor buaya dengan anggaran dua meter panjang berada tidak jauh dari bot kami naiki.

"Paling saya bimbang kerana jaraknya dengan pantai sangat dekat, kira-kira 100 meter sahaja.

Saya sempat rakam video sebagai bukti agar pengunjung pantai ini lebih berhati-hati," katanya ketika dihubungi pemberita pada Sabtu.


Wan Zuhairi yang menjadi nelayan sejak 15 tahun lalu berkata, kemunculan buaya di sekitar pantai kampung tersebut bukanlah kali pertama kerana ia pernah berlaku 10 tahun lalu.

"Harap-harap tiada perkara buruk yang akan berlaku kerana pantai ini memang jadi tumpuan ramai setiap kali musim cuti persekolahan atau hujung minggu," katanya yang berharap pihak bertanggungjawab akan mengambil tindakan lanjut.

Video berdurasi lapan saat yang dirakam Wan Zuhairi kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai maklum balas dari warganet yang risaukan keselamatan pengunjung dan penduduk kampung itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Loo Kean Seong berkata pihaknya masih belum menerima apa-apa maklumat berkaitan buaya tersebut.

"Walaupun belum sahih, pengunjung tetap perlu berwaspada ketika berada di sekitar kawasan tersebut," katanya. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ampung-Tengah-Kijal
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.250492 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list