CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2527|Reply: 25

[Tempatan] Derita sihir | "Anu" jadi panas selepas jam 12 tengah malam.

[Copy link]
Post time 13-6-2022 01:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 13-6-2022 01:05 PM

Kuala Lumpur: Komposer dan vokalis Azzara Band, Ejai Aziz mendedahkan dia terpaksa menanggung sakit di bahagian kemaluannya yang berasa panas setiap tengah malam hingga ke pagi selama tiga bulan akibat disihir pada tahun lalu.

Ejai atau nama sebenarnya Mohd Azrizal Aziz, 35, berkata pengalaman dilaluinya itu amat mengerikan sehingga dia berasa tiada harapan lagi untuk hidup selepas didatangi penyakit misteri berkenaan.

"Sebenarnya, pada setiap malam selama tiga bulan saya menanggung derita sakit di bahagian kemaluan yang berasa panas tiba-tiba tepat jam 12 tengah malam. Rasa panas itu semakin menjadi-jadi sekitar jam 3 pagi dan 'hilang' apabila azan Subuh.

"Jadi, saya pun ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut menerusi pemeriksaan doktor. Namun, ia membingungkan apabila saya diberitahu oleh doktor yang keputusan pemeriksaan kesihatan amat baik," katanya lagi.

Ejai berkata bukan sekali dia ke hospital, tetapi enam kali membuat pemeriksaan di hospital berbeza bagi mendapatkan keputusan yang tepat. Namun, semua doktor ditemui masih memaklumkan yang dia memang tiada apa-apa penyakit kronik.

"Saya dibenarkan pulang ke rumah oleh doktor untuk rehat sepenuhnya. Tetapi, setiap kali tengah malam saja memang kemaluan akan berasa panas tiba-tiba yang menyebabkan tidak boleh tidur.

"Jadi, saya nekad mencuba pula rawatan Islam dengan bertemu dua orang ustaz untuk berubat. Bagaimanapun, saya dikejutkan dengan berita sedih kerana didakwa sudah terkena sihir," katanya.

Menurut Ejai, dia juga dimaklumkan sihir itu sudah lama ada di dalam badannya, namun hanya disedari pada Mac tahun lalu kerana berat badan semakin susut mendadak, tidur malam terganggu dan kemaluan panas seperti dibakar.

Jelasnya, berat badannya yang pada asal 55 kilogram akhirnya turun sehingga 44 kilogram dan menjadi terlalu kurus. Begitu juga, dengan selera makan dan minum yang terganggu teruk.

Ditanya mengenai kesihatannya kini selepas berubat secara rawatan Islam, Ejai yang juga bapa dua anak berkata dia masih dalam proses pemulihan untuk sembuh. Katanya, dia masih memerlukan masa untuk kembali sihat sepenuhnya semula.

"Apapun, segala yang berlaku ini ujian buat saya untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang. Begitu juga, pada waktu sama saya tidak akan terlalu berkongsi perihal peribadi di media sosial melainkan urusan kerja sahaja," katanya.

Kini, Ejai yang semakin aktif dalam penghasilan lagu buat rakaman kumpulannya termasuk karya untuk dinyanyikan penyanyi lain, memaklumkan dia sangat bersyukur rezeki dalam kerjaya seni tidak putus.

Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2022 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada.permainkan perasaan wanita tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kacak tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 13-6-2022 05:14 AM
Ada.permainkan perasaan wanita tak?

Aiol pun suudzon sebegini bila baca tajuk thread.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols boleh ubatkan.. dgn syarat kena helok la
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 02:15 PM | Show all posts
Sihir tengah trending ka?

Actually membantu juga kerja doktor. Buat apa nak pening.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2022 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
dasat tkg sihir pun, serang kat tmpt sensitif
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 02:32 PM | Show all posts
sbnarnya ko tu yg hari2 telebih sapu gambir sarawak kat situ pastu nak salahkan sihir pulak??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2022 02:35 PM | Show all posts
ada main dgn bini org ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 13-6-2022 01:58 PM
Aiol pun suudzon sebegini bila baca tajuk thread.

Haha
Khen
Sakit tang tu plak.tu..
Tertanya2 gituuu
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana gambar Ejai ni nak tengok. Jangan plak ambil batu, disalahkan sihir. Tapi lagu2 Azarra Band ni best juga. Moga cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Scroll2 sampai ke bwh, xde pulak pic org kena sihir ni
Nak gak tgk, dah baca nama grup xkenal, baca nama pun xkenal jg
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 04:37 PM | Show all posts
saiz berubah tak


Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
msti ada kecewakan perempuan..atauuuuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 05:34 PM | Show all posts
jangan mencelup merata udah la bang oi...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 07:19 PM | Show all posts
sebelum tu.. size apa? 2B ke tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2022 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
STD cakaplah STD
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 13-6-2022 01:58 PM
Aiol pun suudzon sebegini bila baca tajuk thread.

Wah, kah, kah, kah!

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 13-6-2022 08:14 PM
STD cakaplah STD

Hamboi cam pernah je. Abg jgn macam2… x sanggop i sapu krim nanti!
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemaruk-Taikk replied at 13-6-2022 08:17 PM
Hamboi cam pernah je. Abg jgn macam2… x sanggop i sapu krim nanti!

Penis silin tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.234364 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list