CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1463|Reply: 17

[Tempatan] 16 Tahun Tak Bertemu Ibu Kandung, JKM Gesa Jejaki Waris Gadis ini

[Copy link]
Post time 16-6-2022 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 16-6-2022 12:14 AM

16 tahun tak bertemu ibu kandung, ia pasti menjadi satu tempoh panjang yang amat memeritkan buat anak gadis ini.
Setiap kanak-kanak pasti memerlukan tempat untuk mereka bergantung dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Ibu bapa merupakan sumber bagi mereka dalam menerima didikan dan curahan kasih sayang.

Namun, tidak semua kanak-kanak mendapat hak yang sama. Ada di antara mereka terpaksa hidup dengan sebatang kara disebabkan kematian ibu bapa dan ada juga yang tinggal bersama saudara-mara ataupun penjaga.

Begitu juga kisah hidup yang perlu ditempuhi oleh adik ini yang tidak pernah bertemu dengan ibunya sejak kecil lagi. Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk menghulurkan bantuan dalam mejejaki ibu kepada remaja itu.

Untuk mendapatkan info dan berita ini dengan lebih lanjut, boleh ikuti di Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKM WPKL)

Semoga urusan pencarian ibu kandung kepada adik Natasha dipermudahkan.

Nama: Natasia binti Abdullah

Tarikh lahir/umur: 15 Mac 2006 (16 tahun)

Jantina: Perempuan

Remaja perempuan Natasia binti Abdullah, 16 tahun yang dirujuk oleh sepasang suami isteri selepas ibu kandung kanak-kanak Murina Iwat @ Murni menyerahkan kanak-kanak kepada mereka untuk dijaga sejak lahir lagi. Selepas itu, ibu kandung telah menghilangkan diri sehingga kini dan kanak-kanak ini telah ditempatkan di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sehubungan itu, JKM memohon agar ibu kandung tampil ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, Jalan Pahang 50564 Kuala Lumpur atau mana-mana individu yang mengenali waris kanak-kanak ini dapat menghubungi Pelindung kes ini iaitu Encik Shukor Salleh bin Laslile di talian 03-26124000 bagi memberikan maklumat yang dapat membantu Jabatan mengesan ibu kandung kanak-kanak dan seterusnya membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak.

#JKMWPKL

#berkatberjasa

Sumber: Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKM WPKL

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2022 08:21 AM | Show all posts
ku tunggu muntri2x buat databank DNA di malaysia. senang trace
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan mu wahai anak.  Kasihan anak ini,  tiada mana2 insan pun yg minta untuk dilahirkan dan kemudian ditinggalkan.  
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya anak sayang.. Kesedihan dlm hati dia tu disembunyi dgn senyum lebar begitu. Aduh, sayunya rasa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 10:43 AM | Show all posts
Lawa budak ni.  Semoga dipermudahkan segalanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian...
Kat luar tersenyum lebar, dalam hati sapa yg tau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2022 11:10 AM | Show all posts
kesian..semoga dipermudahkan....time inilah anak manja dgn ibubapa mereka
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 11:34 AM | Show all posts
Kesian dgn adik ni.
Semoga dipermudahkan urusan pencarian ibu kandung
Tapi macam susah aje nak trace lagi2 kalau si ibu dah balik ke Indonesia
Baideway, Grand Seasons Avenue ni dah bukan hotel lagi ke? Dulu2 Hotel Grand Seasons kan namanya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2022 12:09 PM | Show all posts
Ya Allah sedihnya bila pkir nasib anak2 yatim/anak2 terbiar ni..bersyukurlah kita masih ada mak bapak & insan yg sayangkan kita..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 12:11 PM | Show all posts
cantik orgnya..harap2 dipermudahkan bertemu ibu
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 12:16 PM | Show all posts
dirujuk oleh sepasang suami isteri selepas ibu kandung kanak-kanak Murina Iwat @ Murni menyerahkan kanak-kanak kepada mereka untuk dijaga sejak lahir lagi.

Means budak ni dibesarkan oleh this couple and merasa ada ibu cuma teringin nak jumpa ibu kandung. Bukan ditinggalkan living in an institution.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu lelaki, sedih jugak tengok muka dia.
Ni perempuan pulak, senyum lebar dalam hati tuhan je tahu
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Lavender_Violet replied at 16-6-2022 11:34 AM
Kesian dgn adik ni.
Semoga dipermudahkan urusan pencarian ibu kandung
Tapi macam susah aje nak trace ...


bapak gue Msia..mak gue indon...mohon ICnya pak...ICnya....
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Comey budak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 01:13 PM | Show all posts
Buat ler semula rancangan macam Jejak Kasih dulu tu cara tu lebih cepat response kalau maknya masih ada hati nak jumpa.  Tapi tak dinafikan ada sesetengah orang umum macam mana pun dia tak nak tampil juga mungkin dia dah tak nak ingat kisah lama.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 01:16 PM | Show all posts
hurm. data DNA malaysia complete tak ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2022 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Belajar baik2 nak.. semoga cerah masa depan.. jangan terjebak perkara2 tak elok..

Semoga hasrat anak jumpa ibu tercapai ye..

Mana omak eh.. anak lawa2 camni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Lavender_Violet replied at 16-6-2022 11:34 AM
Kesian dgn adik ni.
Semoga dipermudahkan urusan pencarian ibu kandung
Tapi macam susah aje nak trace ...

Bukan hotel dah. Before pkp pun dah sendu pastu pkp terus tutup.. skarang jkm ambik.. byk plak duit jkm byr takeover buildinghoteltu ek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.093503 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list