CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 400|Reply: 0

[Terengganu] Lawan rasa malas untuk cemerlang

[Copy link]
Post time 16-6-2022 02:58 PM | Show all posts |Read mode

Tengku Abdul Aziz Tengku Md Fauzi, 18, adalah calon berkeperluan khas (CBK) yang mempunyai masalah pendengaran bersama ibu, Wan Hindon Wan Abdullah,60, dan bapanya Tengku Md Fauzi Mahmood,60 selepas mendapat keputusan cemerlang dalam selepas mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Anak bongsu daripada sembilan beradik membuktikan masalah pendengaran dialami sejak kecil bukan penghalang untuk meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Tengku Abdul Aziz Tengku Md Fauzi, 18, adalah calon berkeperluan khas (CBK) yang memperoleh keputusan membanggakan iaitu 9A+ dan 3A.

Bekas pelajar Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Dungun melahirkan rasa bersyukur apabila berjaya mencapai sasaran ditetapkan.

Katanya, tekanan yang dihadapi agak tinggi kerana banyak mengikuti pembelajaran melalui sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) disebabkan pandemik Covid-19.

"Memang tekanan agak tinggi kerana suasana di rumah lain berbanding di sekolah di mana kalau di rumah rasa malas itu sangat kuat.

"Nak lawan rasa malas itu, kita kena ada matlamat yang jelas supaya kita dapat motivasi untuk lawan dan mendisiplinkan diri walaupun berada di rumah.

"Selain itu, ibu dan ayah juga selalu mengingatkan saya untuk menjaga solat dan membaca al-Quran serta mengamalkan selawat," katanya.

Dia yang bercita-cita menjadi ahli fizik turut menasihatkan calon CBK sepertinya untuk tidak berputus asa dengan kekurangan yang ada.

"Walaupun mengalami kekurangan, kita kena anggap ia sebagai cabaran yang perlu diatasi," katanya

Bagi Wan Hindon Wan Abdullah, 60, dia bersama suaminya, Tengku Md Fauzi Tengku Mahmood, 60, gembira dengan kejayaan diperoleh anak bongsu mereka.

"Dia mengikut jejak abang dan kakaknya. Sebagai ibu bapa kami memang bangga dan sekarang ini, kami serahkan kepada dia untuk meneruskan pengajian dalam bidang yang diminatinya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... las-untuk-cemerlang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.738830 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list